floria 2010 • 07.17.10
hari jumaat, lepas rasa kuciwa dengan sesuatu, papa bawa saya pergi menenangkan diri (ewah, padahal memang dah plan nak pegi pun…) ke pesta floria putrajaya. pukul 4.30 sampai di sana, ramai orang.. excited sangat rasanya nak tengok bunga2. sempat buat2 lalu depan kieran dan ann untuk siaran luar hot.fm…
benda pertama yang saya nak cari adalah, hasil kerja pelajar kelas saya dengan dibimbing guru mereka. bila dah jumpa, baru ke tempat2 lain untuk – ambil gambar lah.. apa lagi. memang seronok kan snap gambar bunga sana sini. cantik sungguh. sekali, baru separuh perjalanan, bateri habis daaa.. nyesal tak caj penuh2 tadi. nyesal sangat2…
kemudian, pergi ke alamanda, cari makan. tak sangka saya, papa tiba2 beli bateri lain, siap dengan charger luar dan patah balik ke tapak pesta. wah, dari muka moyok mood hilang sebab tak dapat ambik gambar tadi, terus ceria pot pet pot pet semula (i love you!
).. hari dah gelap pun. malam pun, malam lah.. janji dapat ambik gambar. jadi, enjoy gambar2 bunga dari ‘buah hati’ baru saya ni (buah hati lama dah rosak kantanya.. nak ganti, kena RM300 tu…)
gambar ni saya ambil sewaktu menunggu papa solat di surau dalam taman.saya dan darwisy saje2 buang masa ambil gambar diri sendiri. sengaja saya snap berkali2. tiba2, ada seorang lelaki bersama keluarga dia datang dan tegur, “meh saya tolong ambikkan gambar” dan tiba2 je dia ambik kamera dari tangan saya. saya dan darwisy tergamam tapi terus je sengih bila lelaki tu menghalakan kamera ke arah kitorang. bila dah ambik, dia cubit2 pipi darwisy, geram kut sebab darwisy duk sengih2 je waktu saya ambik2 gambar tadi. hehehe.. ini lah gambar yang lelaki tu ambil,
sebelum balik, kitorang sempat tengok persembahan tarian ini,
apa2 pun, sangat best ke sana. dan paling best sebab darwisy sangat baik, langsung tak meragam hinggakan tak sedar, 5 jam kami kat sana rupa2nya… hehehehe…. thanks sangat2 papa, sebab melayan isteri mu yang suka tengok bunga tapi tak suka tanam pokok bunga nih… hehehe















