Archive for July 19th, 2010

aduh, sakit kelapa!07.19.10

hehe, teringat tadi, sepupu darwisy cakap, “darwisy, janganlah duduk dekat kelapa kakak, sakitlah kelapa kakak ni… eh, silap, kepala!” muahahahaha…

saya adalah dalam keadaan sakit kepala. dah seminggu lebih. tidaklah dapat dipastikan apakah penyebabnya sebab saya malas nak jumpa doktor. sebab rasa2 macam dah tahu apa jawapan doktor. hehehe… best tak? macam boleh jadik tukang tilik je kan? ye la tuh… lain kali kalau sakit apa2, tak payah jumpa doktor, carik jawapan sendiri dan settlekan sendiri aje, buleh? :P

ok, abaikan sahaja sakit kepala saya yang hilang dalam sementara dalam masa 5 jam jumaat lepas akibat dari melihat bunga2 yang banyak. hah! baru saya tahu, bunga2 banyak dan cantik boleh menjadi terapi sakit kepala kan… apa lagi abang… jom kita pergi cameron highland… (penyudahnya saya duk membelek2 gambar2 yang saya ambil jumaat lepas.. huhu)

sebenarnya, saya dapat gambarkan bahawa minggu ini berkemungkinan tiada entry langsung dalam blog saya ni. memandangkan saya dalam keadaan bertenang dan lagi menenangkan diri. bukan apa, bila ada apa2 perkara, mula lah otak saya ni tak henti2 nak fikir. selagi tak habis, selagi tu lah nak fikir. kadang sampai tak boleh tidur, maka terpaksalah saya sms si dia di luar bilik untuk beritahu saya tak dapat tidur. dan buat2 muka kesian sambil tepuk punggung sendiri (dah lepas tepuk punggung darwisy, tepuk diri sendiri pulak… kut la boleh tidur cara tu.. hehehe)

teringat dulu2, masa study. kalau time nak exam, saya akan study sambil membuat soalan. kalau jumpa soalan yang susah dan tak boleh nak jawab, saya akan sentiasa berfikir untuk cari jawapan tu. tak puas hati. kadang, sambil mata terkebil2 nak tidur pun, masih berfikir tentang jawapannya. lagi parah, sampai dalam mimpi pun masih mencari jawapannya. sekali bila terjaga, terus menghadap semula soalan tu… kritikal kan… tolonglah… penat dah otak saya ni berfikir macam2… shooooh, shooooh.. pergi jauh2..

jom, kita pergi relax2 pulak nak? main bowling pun ok.. tapi tak ada masa la minggu ni… huhu…

p/s: saya adalah sedang ketandusan idea untuk menulis nota biologi, makanya saya menulis entry merepek ini. noktah.

Related Posts with Thumbnails

Posted in entahwith 12 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220