sosiologi (darwisy) • 07.28.10
darwisy hampir memasuki usia dua tahun 7 bulan. dari usia dia dua bulan, saya sudah menghantar dia ke taska dengan harapan, dia pandai bergaul dan belajar erti berkawan. masih awal, kan? pada saya, di situ dia bakal membina sikap untuk bersosial dan seterusnya bermasyarakat di masa hadapan.
antara keinginan saya, juga keinginan tok ma dan tok walid (sekarang sudah menjadi atok, sebab darwisy pandai panggil atok je.. hehehe), adalah untuk melihat darwisy bermain bersama kawan2. selalu juga saya datang ke taska diam2 dan mengintai di sebalik tingkap untuk tengok gaya darwisy berkawan. sesekali tok ma dan tok walid datang, minta untuk ambil darwisy di taska sebab nak tengok darwisy di taska macam mana.
ni semua gara2 darwisy masih seorang di rumah kami. jadi, tak selalu berpeluang tengok dia berkawan. bila sesekali bawa darwisy bersosial dengan kawan2 yang juga mempunyai anak, seronok tengok gelagat dia. tapi, untuk setakat ni, darwisy belum menunjukkan sifat egosentrik yang mana sifat biasa mementingkan diri sendiri bagi seorang kanak2. dia juga belum pandai berebut, dan nampaknya selalu terpaksa mengalah (sambil menangis) kerana berebut mainan. saya biarkan aje. bila dia berkawan, biarkan dia belajar bagaimana mahu mengawal keadaan. melainkan bila dia dikasari, terpaksalah saya leraikan.
bila balik ke rumah nenek, sepupu darwisy, kakak ‘kelapa’ memang sangat suka bermain dengan darwisy. dan selalunya, dia lah menjadi pemangsa.. hahaha. sebab, darwisy kan kecik lagi… tapi, dia sangat penyabar bila digigit darwisy…
tengokkan aje lah…
tengoklah gelagat darwisy dengan kakak ‘kepala’… suka saya tengok…
apalah yang diorang sembangkan…
sama je muka diorang ni.. muka jawa.. hahaha
kawan2 darwisy di taska yang ‘pilu’ tengok darwisy balik.. hehehehe






