romantik ke?

Posted in mama on Jan 05, 2010

saya masih ingat, si dia dulu agak romantis orangnya, suka bermadah bulan dan bintang. manakala, saya agak lurus dan geli geleman gitu. jadi, saya menegurnya agak tidak begitu. hingga sekarang bulan dan bintang hanya saya nampak di langit dan di dinding bilik saya sahaja tanpa disebut si dia lagi.. :P jadi, dia dan saya tidaklah seromantik mana. ada seseorang, dua orang atau beberapa orang yang pernah berkata kepada saya,”romantiknya korang..”, hasil dari pem’baca’an diorang dari blog mahupun facebook.

sungguh, yang benarnya, kami biasa-biasa sahaja. hubungan yang ada pasang surutnya. tak romantik pun… huhu.

tapi, untuk dapatkan hubungan yang berbunga-bunga, tak semestinya dari romantik sahaja, kan? boleh jadi juga dari segi perbuatan. tak semestinya dengan sms i love you pagi petang siang dan malam. sesekali sms i love you waktu tidur, dan dilihat pada keesokkan paginya juga sudah mampu membuatkan hari yang bakal dilalui menjadi segar sekali. dan juga, melihat kerisauan si dia tatkala kita memandu di waktu malam juga sudah membuatkan kita terasa bangga dan berbunga-bunga kerana si dia mengambil berat kepada kita.

kadang-kadang, kita harap si dia bersikap romantik, tiap kali masak, puji. tiap kali makan, puji. tapi, sebenarnya, bila si dia makan dengan banyak sehingga kita terasa, ‘aku masak lauk tak cukup ke?’ pun sudah membahagiakan kan? itu maknanya, isteri memasak dengan sangat sedap sehingga si dia tak terkata-kata untuk memuji. kadang-kadang, mungkin kata pujian itu sekadar penyedap hati sahaja. bak kata iklan, ’soal kata, lidah boleh bohong, soal rasa, lidah tak boleh bohong!’ :P

selain dari itu, solat berjemaah bersama-sama pun, ok apa. lepas baca doa sesudah solat, isteri cium tangan suami. untuk lebih romantik, suami pula cium dahi isteri. untuk laaaaagi menarik, cium tempat lain.. (uish! over pulak :P ). kalau nak cium tempat lain, sila tanggal telekung dulu ye.. :D boleh juga bergilir-gilir baca quran, satu muka surat, si dia baca. muka surat kedua, isteri pula baca. muka surat ketiga, anak pulak duk sibuk nak baca sama.. hehehe.

ada yang merungut manja, suami saya langsung tak romantik. tak susah nak menjadikan kehidupan yang romantik. romantikkan sahaja setiap waktu santai, sewaktu menonton tv atau pun di dalam kereta. mungkin boleh bersembang-sembang kosong sambik memicit-micit lembut tangan si dia. atau tarik tangan si dia dan letakkan di peha kita tatkala duduk menunggu makanan sampai di kedai makan. atau, letakkan tangan di peha si dia sewaktu perjalanan yang jauh. biasa kalau suami nak keluar bekerja, kita salam cium tangan. apa kata tukar sikit, sebelum dia pergi kerja, beri dia satu pelukan dan doa supaya dia selamat pergi dan pulang. :) bila minum/makan, kongsi aje cawan/pinggan. jimat sabun basuh pinggan. hehehe.. atau nak lebih nakal, tanya si dia “abang, tadi abang minum letak bibir tang mana ye?” mesti si dia menjeling manja… :D kadang-kadang, untuk suami yang begini, kita yang perlu mulakan. nanti-nanti, si dia akan terikut-ikut juga.

oh, sebelum saya terlupa. boleh dikatakan, hampir 100% cerita dalam blog ini adalah yang manis-manis belaka melainkan cerita pahit dalam kerja. sebenarnya, banyak juga pahit, masin, payau kehidupan kami. saya bukan nak hipokrit. cuma, cerita pahit itu saya simpan elok-elok dalam kotak, dan tinggalkan yang manis-manis sahaja untuk dikenang. baru lah hidup lebih ceria, kan? :P

p/s: jom kongsi cara memaniskan rumahtangga kita… :)

Related Posts with Thumbnails

22 to “romantik ke?”


  1. hehe.. suka posting ni.. agree.. banyak cara untuk espresskan sifat2 romantik kan…
    :)
    hug or kiss unexpectedly pun ok.. mandi bersama.. massage sblm tido ke.. intim tak semestinya nak kene make love kan..
    :)
    saya dan husband suka suap2 makan hehe..

    • syayassir says:

      hehehe…
      mandi bersama…
      kena mandi masa anak tidur.. :D
      massage, bukan sebelum tidur.. tapi sebelum masak.. hehehe…
      dengan ugutan, nak sayang masak ke tak? hehehehe

      romantik tu lady… suap2 makan… seronok kan? macam pengantin baru je.. :P

  2. annsyifa says:

    puji-pujian romantik tak? heheh..
    annsyifa´s last blog ..Seafood @Bagan Lalang My ComLuv Profile

  3. Kak Tie says:

    Hi hi.. samalah kita Sya. Kak tie memang tak romantik, tak manja pun..malah rimas dalam suasana itu. Mungkin kerana kak tie dibesarkan dengan tanggungjawab sebagai anak sulong… semua keputusan dibuat mengikut akal dan bukan hati.

    Suami kak tie romantik la sikit. Tapi lebih kepada kelakar. Suka menyakat. Kak tie kalah benar bila dia mula menyakat. Dari marah terus ketawa tak henti, hi hi hi..
    Kak Tie´s last blog ..Lipstick Tree My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      ha ah lah kak tie..
      agaknya sebab saya pun anak perempuan sulong..
      orang sains pulak tu..
      banyak ikut logik akal je.. hehehe….

      mesti meriah rumahtangga bila suami kelakar kan? seronok… :D

  4. mrs azmi says:

    kang klu letak yang pahit2 lam blog tak bestla klu terbaca balik kan? :) macam kite ni tak boleh nak maafkan salah si dia
    mrs azmi´s last blog ..Edit Photo Contest My ComLuv Profile

  5. isabelle says:

    hahaha. mcm ada yg sama je.
    kalo nak ditambah, err…
    kena le jadi pervert sikit. hehe. tapi itu ikut kreativiti masing2 lah kan?
    kang is citer kat sini, xlalu pulak sya/bloggers lain baca :P
    isabelle´s last blog ..I hate loneliness :( My ComLuv Profile

  6. DeLLa says:

    haha..cikgu yassir tu nmpak mcm caring..betul kan?kan?hehe..

    nnti sy share pulak tips memaniskan rumahtangga di blog sy..hehe

    • syayassir says:

      hehehe…
      nampak je della..
      lebih caring la dari isteri dia nih.. huhu…

      hah, share della…
      della kan pasangan romantik RH… :D

  7. unlisted_one says:

    Salam kenal Sya, jauh jgk jlnnya ni, tadi sampai kat blog lama Sya, tau2 dah takde org kat umah, dah pindah sini..hehe..

    Betul apa yg Sya tulis ni, kita kena rajin sikit nak jadikan apa juga situasi tu romantikkan. Kalau dua2 pun buat ‘derk’ aje, jadi mendatar aje pulak nanti. huhu..

    • syayassir says:

      salam kenal unlisted_one…
      thanks sudi singgah… :D

      memang… hubungan ni tak boleh mendatar..
      lama lagi nak jadi suami isteri ni.
      sampai mati.. :D
      kalau mendatar je, jemu pulak nanti.. huhu

  8. Mak Ida says:

    Suami saya mmg x romantik…tak pernah pon bagi bunga..bila cakap bestnye org dpt bear ngan bunga..dia jawab: kan awk da ada bear ni…besar..leh gerak2 lagi…nak bunga kat luar banyak..sila bagi tips lebih kepada dia huhuhu :P
    Mak Ida´s last blog ..Our 1st Roti Jala :P My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      hahahahaha….
      suami mu itu memang sudah ku kenal ida…
      dia memang tak romantik…
      dia sudi jadi bear tu, dah kira romantik la tu…
      hehehehe

  9. ShelaZul says:

    salam sya..
    mmg seronok la baca entry yg ini…rasa mcm ‘flying’…hehehe..indahnya hari berlalu…

    mmg betul,x semestinya perlu kata ‘ i love you ‘ utk beritahu kita cinta dia,kita sayang dia.. hampir sama apa yg sya kongsikan dlm entry ni…rasa bahagia…

    sesungguhnya hargailah dia yg bergelar suami selagi nadi ini berdenyut..
    ShelaZul´s last blog ..TERIMA KASIH SUAMIKU.. My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      wah, wah… rasa macam flying ye..
      ni mesti tengah kerinduan nih.. hehehe…

      ye shela..
      hargailah suami kita..
      suami kita, suami kita jua… :P

  10. u masyitah says:

    salam sya.hu hu saya dan encik hubby memang tak romantik dari awal lagi.Tapi syukurlah sekurangnya suami tak cerewat bab masakan saya.ada kawan saya,suaminya sampai buang hasil masakannya…bila tak kena kat lidah suaminya

    • syayassir says:

      sama la kita ummu masyitah…
      takde romantik2 pun..
      kalau dia boleh makan masakan kita pun dah rasa bangga kan..
      takde lah dia lagi suka makan kat kedai mamak dari makan kat umah..

      isk, kesiannya kawan ummu masyitah tu.. sampai hati suami dia….

  11. ShelaZul says:

    bila suami sedap je makan aper yg kita masak,sampai bertambah2,itu yg rasa seronok sgt..bahagia sbb dia hargai air tangan masakan kita..
    ShelaZul´s last blog ..TERIMA KASIH SUAMIKU.. My ComLuv Profile



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220