hari pertama sesi 2010

Posted in kerja mama on Jan 04, 2010

hari ini bermulanya hari persekolah bagi sesi 2010. sepanjang malam saya tak lena tidur.. bimbang terlajak.. hehehe. excitednya mengalahkan budak sekolah.. :P

tugas saya untuk tahun ini, ada penambahan dan pengurangan. tapi, yang pastinya, saya akan bertambah sibuk. Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai cabaran memegang kelas kedua hujung tahun lepas, tahun ini saya diberikan kelas pertama, 4sc1.cabaran tetap ada, cuma berbeza sahaja… jadi, hari ini, tugas saya bersama rakan-rakan adalah menyusun pelajar-pelajar mengikut keputusan PMR yang lepas ke aliran yang telah ditetapkan.

dan, macam biasa, saya akan mengajar subjek biologi dan sains, serta tambahan subjek lain, iaitu matematik. hah? matematik? huhu…

seronok tengok pelajar tingkatan satu hari ni. ramai ibu bapa menemankan mereka anak-anak pada hari pertama mereka di sekolah menengah. comel-comel lagi budaknya. saya ingatkan, budak darjah satu je berteman.. rupanya, budak tingkatan satu pun masih ramai yang berteman.. :P saya selalu membayangkan satu hari nanti, saya akan mengalami situasi yang sama.. menghantar darwisy ke sekolah pada hari pertama. tengoklah nanti, sama ada dia yang menangis, atau saya yang menangis.. hihi…

hmm.. pendek sahaja entry saje-saje hari ni. saya kepenatan dan banyak lagi yang nak disediakan untuk hari esok. (tapi, sibuk nak update juga… :D )

Related Posts with Thumbnails

6 to “hari pertama sesi 2010”


  1. dah start sekolah hari ni kan..
    zaman kita dulu ada satu sekolah jer.. budak2 skrg ada dua sekolah, pagi ngan petang…
    anak buah lady sampai rumah dari sekolah pukul 7.30pm.. mana nak mandi, solat, makan, buat homework, etc.. kesian jugak budak2 skrg kan..
    Lady of Leisure´s last blog ..Be happy My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      ha ah lady…
      tu la.. memang kesian kat budak2 sekolah petang..
      lagi pulak kalau yang sekolah pagi petang tu..
      macam tak ada life..
      sekolah, sekolah, sekolah..
      tu yang bila cuti diorang seronok sangat.. :D

  2. ShelaZul says:

    walaupun simple je update utk hari ni,janji update..
    shela pun rasa x sabar g sekolah tp last2 lmbt gak keluar rumah..hehehe.
    ShelaZul´s last blog ..2010~cinta..kehidupan..kerjaya.. My ComLuv Profile

  3. wina says:

    kak sya mesti pandai matematik kan?
    wina plg x suka maths time sekolah dulu…x pernah pass ehehe

    tapi kan cita² wina nk jd cikgu tau..ajar BI atau BM ke? tp x kesampaian huhuhu

    p/s ; lady, wina dulu sampai rumah dr sekolah pukul 8.30..lg dahsyat..the nx day bru kelam kabut wat homework & all
    wina´s last blog ..let’s start with a smile :-) My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      takde nya pandai wina..
      tengah risau ni.. dah lama tinggal.. huhu..

      tak jadi cikgu BM/BI kat sekolah pun tak pe wina.. boleh jadi cikgu kat rumah… :D



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220