Gi Pusing-pusing Semerata alam

Posted in papa on Jan 06, 2010

“sila buat pusingan U”

“sila buat pusingan U sekarang”

“BUAT PUSINGAN U SEKARANG!!!!”

“destinasi seterusnya – ALAM BARZAKH!”

hehehe… saya tak ingat dialog GPS ni dalam cerita apa.. cerita GPS berhantu kut.. entah kenapa, cerita ni macam terkesan pada saya sampai sekarang..

sekarang ni, ada orang, nak pergi taska darwisy pun pakai bantuan.. nak balik rumah mak sendiri pun pakai bantuan.. agak-agaknya, dia nak jalan kaki pergi sekolah pun pakai bantuan kut.. silap-silap, nak masuk bilik tidur pun kena pakai bantuan… huhu

jadi, lepas ni, dia tak ada masalah lagi nak hantar saya ke mana-mana tempat yang dia tak tahu dengan adanya bantuan ni. dan, dia dah tak ada alasan tak tau jalan lagi… hehehe. yes! boleh lah saya bergathering, dan bergathering, dan bergathering lagi lepas ni… :D

tapi malangnya, dia kata, “lepas ni, abang dah tak marah sayang tak ingat jalan lagi” boleh pergi ke mana-mana sendiri tanpa bantuan dia.. sabor je le… saya taknak. sebab apa? sebab saya teringat cerita yang saya tulis kat atas tu, dan saya rasa aneh bila ada benda bercakap-cakap dalam kereta selain saya, dia dan darwisy.. huhu..

hmm, itulah hadiah birthday untuk dia. lama dia mencari yang berharga murah ni. akhirnya, dapat juga la yang murah.. hehehe…

Photo 0360

Related Posts with Thumbnails

14 to “Gi Pusing-pusing Semerata alam”


  1. senang pakai gps kan.. esp dok kl ni bukan tatau jalan bersimpang siur… kalau dok perlis ok lagi.. pi mai pi mai tang tu jugak hehe..

    • syayassir says:

      tu lah lady..
      dulu2, kalau nak gi tempat yang tak tau jalan, terpaksa lah print google map..
      sekarang ni, ok la kut.. tak try lagi jalan ke tempat yang tak tau jalan..

      perlis? huhu.. rindunya kat perlisss…

  2. nuyue says:

    waaooouuu sya kasi cikgu yasir GPS
    mesti seronok tak terkata yer
    yehhhhhh lps ni xsesat laa nak kemana2

  3. ShelaZul says:

    wah…bestnye hadiah besday yassir..!!
    nnt time sya nyer besday dpt ape plak yer?hehehe..
    ShelaZul´s last blog ..TERIMA KASIH SUAMIKU.. My ComLuv Profile

  4. isabelle says:

    rajinnya beli yg tu.
    is pakai Garmin kat henpon je terus.

    err..xbahaya ke? i mean, kot2 org pecah keta utk curi benda tu?
    isabelle´s last blog ..Only Mickey Mouse is cute My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      is, yassir kata, kat henpon kecik.. (tak sesuai dengan dia yang besar.. hahaha)

      oh, GPS ni hanya duduk dalam kereta masa kereta bergerak je. tiap kali tuan dia keluar, dia ikut keluar sekali… :P

  5. kakyong says:

    sesuai sgt guna GPS utk yg di area lembah kelang.. kalo takat ipoh ni.. pusing2 situ jugak…
    kakyong´s last blog ..18 years old with 20 years experience.. ;) My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      sesekali je pergi tempat yang tak tau jalan ni kak yong.. bukan selalu pun..
      tapi, mudahlah untuk saya yang selalu tak ingat jalan ni… :P

  6. fid says:

    salam sya
    ampun
    daku baru perasan dikau pindah sekian lamaa..
    fid´s last blog ..Bekerja sampai jam 6pm pada hari sabtu adalah tidak produktif bagi saya… My ComLuv Profile

  7. 9W2WDH says:

    Ehem! Berapa hengget?

    Ingat, masuk KL jgn pecaya sangat kat GPS tu… Nanti sangkut jem.. Sebab GPS tu takde lagi feature “mengesan kawasan jem”.. Hahaha!!!

    Bila lah En Omar nih nak dapat hadiah GPS ni ek?

    • syayassir says:

      murah je…
      alah… abg yassir tu, pasang je.
      bukan ikut pun. esok2, GPS tu pening sebab asyik taknak ikut cakap dia je.. nanti dia merajuk baru tau.. hahaha

      oi, bukan awak dah ada GPS ke? nak banyak mana?



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220