sungai kita tidak lagi bersih

Posted in mama on Feb 21, 2010

sewaktu berkelah di ulu yam baru-baru ini, saya mendapati, penuh sampah sarap di tepi-tepi sungai. begitu juga sewaktu kami berkelah di kuala sentol sewaktu pulang ke kampung cuti tahun baru cina yang lepas. sampah sarap di sana sini. hingga terasa geli geleman untuk mandi di tepi sungai. terpaksalah kami mandi di tengah sedikit. paling menjijikkan, sewaktu kami mahu menukar baju di bilik air, bau yang busuk, najis di sana sini, langsung kami batalkan untuk bertukar pakaian di situ. lebih baik menukar pakaian di dalam kereta. sungguh teruk keadaan di kawasan rekreasi hari ini.

kebetulan, ada seorang kanak-kanak mahu membuang pinggan polisterin ke dalam sungai, terus bapa saya menegur kanak-kanak itu supaya tidak membuangnya. teringat kejadian sewaktu bercuti di kalumpang cuti yang lepas (di sini). memang kita patut menegur. mungkin kanak-kanak itu tidak tahu apa yang dibuatnya itu betul atau salah. jadi, tak salah jika kita memberitahunya kan?

mentaliti kita masih belum berubah. sering menganggap akan ada orang yang mahu membersihkan sungai itu. atau pun, terasa kesalahan yang kita buat itu bukanlah apa-apa. sekadar sampah kecil yang tidak akan memberi kesan kepada sesiapa pun. sedangkan, siapa yang mahu membersihkan sampah-sampah itu jika bukan kita. tidak terfikirkah kita, apa akan jadi jika sampah itu masih berada di situ sehingga sepuluh tahun akan datang? malah, semakin bertambah-tambah. maka, tidak adalah lagi tempat untuk anak-anak kita berkelah, untuk cucu-cucu kita melihat keindahan sungai. apa yang ada hanyalah sungai sampah.

tidak sukar untuk menjaga kebersihan sungai. kebanyakan kita membawa makanan, sama ada yang di bawa dari rumah, atau yang di beli. bawa bersama satu plastik hitam, dan terus masukkan sampah ke dalam plastik hitam itu sewaktu berkemas untuk pulang. dan, bawa bersama plastik tersebut ke dalam kereta dan terus buang ke dalam tong sampah. tak susah pun untuk menjaga kebersihan sungai. langsung tak memerlukan tenaga, langsung tak membuang masa dan langsung tak menyusahkan. hanya perlukan sedikit rasa tanggungjawab sahaja. jika semua orang membuat begini, sudah tentu tiada sebutir sampah pun di tepi sungai.

selain dari itu, saya sebenarnya agak jengkel melihat orang yang bersyampu di dalam sungai. aduhai, di rumah tidak ada bilik airkah? tak bolehkah bersyampu di bilik air rumah sahaja? kenapa perlu bersyampu di sungai? bukankah syampu itu mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan hidupan sungai? sikit? habis, kalau beratus orang yang mandi di sungai itu menggunakan syampu, agak-agak sudah menjadi banyak mana? henti-hentikanlah.. kita dikurniakan akal dan fikiran, gunakanlah sebaiknya… untuk kita dan keturunan kita juga…

oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan dan keindahan sungai. tak rugi menjaganya… kita juga yang akan mendapat manfaatnya….

sampah merata-rata

sampah lagi

Related Posts with Thumbnails

20 to “sungai kita tidak lagi bersih”


  1. Ellysse says:

    Mentaliti org2 di Malaysia mmg masih sgt teruk bab2 kesedaran sivik nih….
    Ellysse´s last blog ..Day… My ComLuv Profile

  2. kalau pasal sampah ni mmg rasa kecewa sangat… mmg banyak sampai kan.. bukan saja kat kawasan biasa, kat kawasan riadah pun banyak sampai…
    huhu..

    • syayassir says:

      hah… kawan riadah tu pun satu hal lady… kalau nak bawak anak beriadah, aduhai… kena berhati2 pulak takut terpijak sampah…

  3. Lynn Nasir says:

    salam,

    alhamdulillah..sungai2 berdekatan rumah saya (di gopeng) sgt bersih. ikan datang kat kita masa kita mandi-manda tu :)
    Lynn Nasir´s last blog ..SIAPAKAH AKU KINI? My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      betul ke lynn? ni yang nak pergi mandi manda dekat rumah lynn ni.. hehehe…
      dulu, masa saya di tg malim, sungai nya bersih juga…

  4. matun says:

    memang susah nak ubah mentaliti masyarakat malaysia..yang ni tuding jari kat yang tu,yang tu tuding jari kat yang sinun…sebenarnya kena ubah diri sendiri..dah lama tak mandi sungai..sebab masa last pegi pon,tempat yang dari hijau,cantik dan sejuk menjadi kotor dan kotor dan kotor..
    dia syampu kat sungai sebab takde air kot kat umah dia..kwang3…

    • syayassir says:

      memang… kat sana ada sungai yang boleh mandi manda macam kat sini tak matun?

      hmm, dulu pernah pergi panjat gunung jerai, tengok2 ada orang basuh keta pulak kat sungai dalam hutan tu… sabar je le…

  5. masyarakat skrg dah tak de moral, sya. saya gi berkelah kat pantai pun, byk sampah sarap. dorang ingat ada org nak bersihkan…..geram jugak tgk. kita ni punyalah bermoral, kalau gi berkelah, siap bawa plastik sampah lagi. pastu bawa plastik sampah tu masuk dlm kete. buang kat tmpt yg sepatutnya….
    fiza@umisofie´s last blog ..Happy Birthday To Amniy Mahfuz! My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      hah.. pantai pun sama fiza…
      kalau dah tau nak berkelah tu, prepare lah plastik sampah sekali…
      harap2 orang yang berkenaan tu adalah terbaca blog ni.. :P

  6. fisa says:

    mereka2 yang membuang sampah ni kurang ilmu pendidikan sivik…camno nak bg mereka sedar ekk…???nak kata pasang signboard dah d pasang…nak kata wat iklan rasa nya cam ade jer iklan sayangila sungai kita…ermmm still tak de kesedaran gak…camno tu..??
    fisa´s last blog ..hati ku terusik… My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      itu lah kak… susah nak bagi kesedaran kat orang.. nampaknya, kita sendiri lah yang kena berikan contoh untuk tidak membuang sampah di kawasan yang tak sepatutnya dibuang…

  7. ila-ali says:

    adakah kita masih mempunyai mentaliti kelas ke tiga?
    ila-ali´s last blog ..Jangan Sampai Muflis My ComLuv Profile

  8. L@n@ says:

    ulu yam nih byk tempat .. kite selalu pegi yg arah nak ke genting tu .. lepad dari jerat cina ada lorong masuk kanan .. hah kat citu siap ada chalet .. mmg best tempat mmg ada org jaga dan sangatlah bersih .. buat bbq ke khemah ke semua ada..
    L@n@´s last blog ..Kursus Qalam Thuluth (Seni Khat) My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      ye ke lana… memang selalu pergi tempat yang sama je kitorang ni.. awal2 dulu bersih lagi.. makin lama, makin kotor pulak…

  9. UstazCahaya says:

    Salam ziarah.

    Ini tanda masyarakat kita tidak cintakan keindahan alam sekitar. Orang lain, sanggup berbelanja besar untuk melancong melihat keindahan negara kita, tapi kita sendiri tidak menghargainya.
    UstazCahaya´s last blog ..Penonton Malaysia Tidak Berkualiti? (Tentang Laskar Pelangi) My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      terima kasih menziarah ustaz…

      memang betul tu ustaz… kita ni sibuk2 nak ke negara orang, tapi buat sampah di negara sendiri…

  10. fiezaradzi says:

    tul la.. skg mmg org suke buang sampah sesuka hati.. kdg2 tu dlm kete, lh tgk kete depan dgn senang hati buang segala jenis smpah, kertas coklat, air kotak.. nak jer marah time tu..

    • syayassir says:

      yang tu pun astu hal fieza…
      rasa nak sound je orang yang buang sampah dari luar kereta ni… apalah salahnya simpan dulu sampah tu dan buang bila jumpa tong sampah…



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220