syayassir

Posted in entah on Feb 24, 2010

salam semua…

maaf.. dah lama betul tak menjenguk blog kawan-kawan. dan, dah beberapa hari tak sempat menulis blog ni. biasalah kerja, ada turun naik nya. kadang-kadang free, berlambak-lambak entry. kadang-kadang busy, langsung tak sempat menulis. walau dalam hati meronta-ronta nak menulis. ewah, macam penulis tegar pulak. padahal, bukannya tulis apa sangat pun… dulu, saya sangat gemar blogwalking.. hari-hari duk mengomen blog orang. tapi, semenjak dua menjak ni. memang tak sempat. sempat baca je.. saya kadang-kadang malu bila tengok, ada orang juga komen blog saya, walaupun saya tak sempat mengomen blog orang.. terima kasih banyak-banyak kawan-kawan.. komen kalian sangat-sangat berharga pada saya… hari haru biru saya terasa gembira dengan komen kalian…

hari-hari saya tengok statistik blog. walaupun hari tersebut tiada entry, tapi, masih ada orang yang sudi menjenguk blog ni… terima kasih….. cuma, ada satu perkara yang tiba-tiba terdetik dalam fikiran saya.. boleh dikatakan, setiap hari, mesti ada yang sampai ke blog saya ni dengan carian search engine, dengan perkataan ’syayassir’. dan, dalam statistik, carian ’syayassir’ adalah yang paling tinggi setakat ini. hingga melebihi 300 kali.  saya terfikir sebenarnya. siapakah gerangannya yang sampai ke blog ini dengan carian syayassir ye? sebab, syayassir ini bukanlah nama saya. atau, memang ada orang nama syayassir ke? adakah setiap hari ini, orang yang sama atau orang yang berlainan? hmm… kalau tak keterlaluan, bolehkah saya tahu siapakah orangnya? sama ada hanya seorang, atau dua tiga orang, atau ramai orang? hahaha! tersangatlah perasan saya ni. tapi, serius, saya teringin nak tahu siapa yang sampai ke blog ini dengan carian ’syayassir’. hah.. cepat-cepat mengaku…. janganlah malu-malu… :P

haa, terlanjur cakap tentang carian syayassir ni, tiba-tiba nak bercerita tentang nama blog saya ’syayassir’ ni… saje nak rilekskan otak saya yang penat beberapa hari ni… dulu-dulu, saya dengan papa berkongsi segala-galanya dalam internet ni. email, yahoo messenger, friendster, blog.. semuanya kami guna bersama-sama. kawan dia, kawan saya juga. kelakarnya, dalam yahoo messenger, selalu orang tersalah tegur.. sampaikan diorang terpaksa tanya dulu, “ni husband ke wife?” :P takut tersalah sembang kut… hehehe.. saya tak kisah pun. selalu juga bersembang dengan kawan-kawan dia. dan, selalu juga dia bersembang dengan kawan-kawan saya.

tapi, semenjak berpindah rumah dan ada dua laptop, masing-masing dah buat hal masing-masing. jadi, saya buka akaun email saya sendiri, dia juga buka akaun email dia sendiri. akaun kongsi semua dah jadi tukun. jadi, bila saya mahu berblog lain, saya mulanya ingat mahu berkongsi juga. jadi, saya masukkan nama saya, dan nama dia sekali. tak suka gabung-gabung nama, saya letakkan perkataan dan ditengah-tengah, jadi ’sya dan yassir’ macam panjang sangat.. jenuh pusing sana, pusing sini.. terus saje letakkan syayassir. lama kelamaan, saya perasan, ada orang yang memanggil saya dengan nama syayassir. jadi, bila kak ummi bertanyakan nama yang saya mahukan untuk blog baru ni, terus saje lah dengan nama syayassir….. hehehe….

sekian, cerita ceriti saya malam ini… :P

Related Posts with Thumbnails

16 to “syayassir”


  1. ila-ali says:

    nama dah femes dan pelik skit org senang ingat, so trus google ajelah guna nama tu.

  2. hehe.. lady pun lama dah tak update blog sbnrnya entah nape sejak akhir2 ni mood nak update blog makin berkurngan.. hhuhu

  3. kak tie says:

    Itulah untungnya guna nama unik untuk blog. Biasanya gitu laa.. Bila google, dengan mudah je blog kita terpampang, hehe…

    Selamat kembali :lol:

    • syayassir says:

      ha ah kan… kalau banyak nama sama.. jenuh orang nak google.. kena selak beberapa page dulu…

      hehe.. turun naik tahao busy kak tie.. ni dah ok sikit.. :P

  4. isabelle says:

    wpun saya kenal dua2, biasanya saya ym dgn sya je. rasanya x pernah lagi terchat dgn yassir. rasanya la.hahaha
    isabelle´s last blog ..Adam Rempit My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      ye ke is?
      silap2 yassir pernah menyamar jadi saya tak? hahaha…

      tapi, dia memang selamba je tolong jawabkan bagi pihak kalau ada kawan2 tanya apa2 kat saya… huhu…

  5. idazs says:

    suka baca tulisan sya. sebab ayatnya tersusun dan lancar :)
    idazs´s last blog ..potong! potong! potong! My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      idazs..
      huhu.. ye ke?
      tersusun ke?
      bukan berterabur dan huru hara ke? huhu…
      btw, terima kasih sebab suka baca… :P

  6. MAmaShela says:

    saya merupakan salah seroang yg selalu tnya nih sya ker yassir..tp skrg dh x lagi.. :)
    MAmaShela´s last blog ..C.I.N.T.A My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      hehehe…
      sian shela kan..
      tapi sekarang dah tak lagi, sebab memang FB tu masing2 punya… :P
      YM dulu tu dah jadi tukun… :P

  7. seronok baca cerita sya….
    tak sangka, glamer juga sya ni…hehe
    fiza@umisofie´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 1431 H My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      mana ada glamer fiza… tu yang tertanya2, siapa yang masuk sini guna nama syayassir.. tapi, belum ada pengakuan lagi pun.. huhu…

  8. sya, maaf…tgk blog cikgu yassir, kelakar la. senyum sendiri saya.
    fiza@umisofie´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 1431 H My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      laa, kenapa minta maaf… baca aje blog dia tu..
      tapi, dah lama tak berupdate… dia duk ngadap facebook pulak sekarang ni…



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220