turun naik ber blog

Posted in blog on Feb 26, 2010

baru-baru ni, ramai kawan-kawan blogger saya bagaikan merasa kehilangan mood untuk berblog. termasuklah juga saya. hehehe.. semenjak dari mula berblog, selalu juga saya mengalami perasaan turun naik untuk berblog ni. ada masa-masanya, saya rasa down sangat nak berblog. antara sebab-sebabnya ialah;

- sibuk yang amat sangat hingga tak sempat nak menulis entry

- tak ada idea nak tulis apa…

- kadang-kadang, terbaca blog orang yang bagus-bagus dan membuatkan kita rasa blog kita macam hampeh..

- kadang-kadang, baca balik blog sendiri dan rasa macam blog kita memang hampeh… hehehehe…

bila jadi macam tu, selalu juga saya berfikir sendiri.. alaa, kejap je ni.. nanti-nanti datanglah semula mood nak menulis blog tu..  tapi, baru-baru ni… paling saya rasa down.. entah kenapa. waktu tu, saya terbaca satu blog yang menulis tentang apa tujuan ber blog. dan, tiba-tiba saya rasa macam hilang arah tujuan. entah apa-apa je saya punya blog ni. rajin sangat menulis, tapi tak ada isi. blog ni cuma menjadi luahan fikiran saya je dan merilekskan otak saya yang penat berfikir seharian…

dan, rasa down ini saya luahkan kepada seorang kawan baik saya.. kata-kata beliau terus membuatkan mood saya yang hilang kembali membara-bara… hehehe. katanya, tulis sahaja apa-apa yang santai. kerana, ada orang yang santai suka membaca sesuatu yang santai…. kan? tak perlu berat kepala otak nak fikir benda-benda yang berat untuk di tulis. kerana, kadang-kadang, tanpa kita sedari, cerita ceriti santai kita itu boleh menjadi rujukan atau bahan tauladan untuk orang lain.

contohnya, baru-baru ini saya hairan kenapa ada satu hari ramai betul yang singgah di blog lama saya yang dah usang tu. rupa-rupanya, ada seorang pembaca yang mungkin terserempak dengan blog saya melalui enjin carian, telah meletakkan link ke blog saya melalui entrynya sebagai rujukan. itu yang saya katakan. kadang-kadang, kita tak sangka, cerita ceriti santai itu kadangkala boleh menjadi tauladan kepada orang lain pula…

jadi, kepada kawan-kawan blogger saya. mari kita terus naik dan naik… bersemangat semula untuk menulis blog.. go go chayok! :P

Related Posts with Thumbnails

26 to “turun naik ber blog”


  1. Kak Tie says:

    Entahlah Sya, kak tie rasa gitu gak. Mood menurun. Bila baca blog sendiri, rasa malu pulak.

    Tu yang rasa macam nak henti je… Cuma, bila fikirkan tentang anak-anak, kak tie ni tiada apa pun yang nak ditinggalkan. Mungkin hasil tulisan dan nasihat kak tie nanti boleh dibaca oleh mereka di kemudian hari.

    • syayassir says:

      tu lah kak tie..
      ada masa2nya memang terasa camtu…
      saya pun ada terfikir jugak.. harap, satu hari nanti, bila keluarga saya rindu saya, boleh baca blog ni sebagai pengganti…

  2. betul tu sya..tulis sesuatu yang santai je. tak semua orang boleh terima tulisan yang berat dan memeningkan kepala. macam saya sendiri suka membaca tulisan sya yang sangat santai, dan rasa seronok bila baca.
    fiza@umisofie´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 1431 H My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang fiza..
      kadang2 masa otak penat, rasa nak baca sesuatu yang santai2 je…

      ye ke fiza? terima kasih lah sebab sudi juga baza blog patik yang huru hara ni… :P

  3. sue79 says:

    saya pun kekadang hilang mood nak berblog. tambahan lagi bila tengok blog org lain lebih padat dengan pelbagai cerita menarik dan pengisian yang membina. bila tengok blog sendiri terasa malu pulak… hihihi…
    sue79´s last blog ..An Appointment with PAED My ComLuv Profile

  4. Lynn Nasir says:

    salam sya,

    walaupun blom abes entry sya tulis yg sempat lynn baca, tp setakat ni takdelah hampeh pun (^o^)// ~ best je ~

    takde mood takpe, blog bukan penting sgt pun. kalau mcm hanis zalikha atau kenwooi tu, sekali sekala je tulis (tp tetap ramai gile follower) idup je blog diorg :)

    • syayassir says:

      ala lynn…
      entry yang lama2 tu, biasa2 aje.. hehehe…
      tu lah kan.. orang glemer2 tu, bila tak tulis entry satu hari, ternanti2 je orang nak baca.. :P

  5. sasha says:

    blog ni tak hampeh la..sy antara pembaca setianya tau..ehehe :p
    sy pun tgh takda mood nk update blog..sejak blog ditimpa musibah(template)malas betui nak kemaskini..idea ada..cuma..entahla..
    sy x expect org utk baca dan memuja blog sy..cukuplah disitu tempat luahan perasaan sy ;p
    chaiyok to sya :)
    sasha´s last blog ..~rest~ My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      pembaca setia sasha? gembiranya… hehehe…
      nama pun dah dekat sama… :P
      memang sasha… cukup lah kita sendiri rasa puas hati kan…

  6. hehe.. kadang2 bila buka blog sendiri n selak belakang2 lady rasa cam malu giler baca ayat sendiri… wakaka…

  7. asniza says:

    sya, lady la bukan kelly hehehee

    kita menyumbang kpd masyarakat dgn cara kita sendiri.. :-D teruskan sya… yg penting perbaiki lagi.. cehwah… macam bagus je kan hehee

    • syayassir says:

      hmm…
      kak ummi…
      memang kena perbaiki lagi..
      terutama susun atur ayat yang tah apa2 tu.. tak payah lah kak ummi edit lagi nanti… :P

  8. mama emma® says:

    blog nie pun cam diary la jugak, so kita menulih/type bila kita ada benda nak share & utk ingatan dikemudian hari…

    ini lg ok dr mereka yg ada komitmen utk menulis mcm RedMummy ke.. tp xtau la kalau idea penulisan dia tu pesen mcurah2.. huhu
    mama emma®´s last blog ..-KEBOCORAN AIR KETUBAN- My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      tu lah kak emma…
      kalau penulis tegar yang memang dah glemer tahap RedMummy tu.. memang dah kena tulis hari2.. sebab ramai nak baca..
      setakat blog macam ni, tak de sape yang ternanti2 pun.. hehehe

  9. DeLLa says:

    nama pun blog peribadi..bukannya blog rasmi mcm 1malaysia tu..ha yg tu mmg la kena byk idea2 bernas..fakta2..etc…lgpun blog kita bknnya nk paksa sapa2 baca..luahan hati sendiri je kan…apa pun sy kompem baca setiap entry sya..don worry key
    DeLLa´s last blog ..FB..CoNNEcTiNG PEoPLe.. My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      saya tak kisah ada orang baca ke tak della…
      saya ni je yang selalu tulis entah apa2 je..
      sebab tu bila baca blog seseorang ari tu, rasa macam malu sendiri je.. mula lah rasa tak nak berblog lagi… :P

  10. shela says:

    samer la ngan shela..kkdg dmpa rasa mcm nk stop.. tapi bila kawan2 lain bagi semangat..jadi bersemangat semula.. dan salah seorangnya sya… so why do you have to stop blogging?? … keep it up !!
    shela´s last blog ..SALAM MAULIDUR RASUL My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang kan shela.. ada masa turun naiknya…
      tapi, kalau agak2 down tu, duduk diam je dulu.. nanti dah ada cerita, tulislah semula.. :D

  11. Ellysse says:

    Memang tui…this week Elly x post a single entry pun…due to busy sgt2 keje plus dah 4 ari adapter modem ni rosak…tadi baru je org telekom dtg tukar…huhuhu

  12. fisa says:

    up & down…up to the sky berebut-rebut idea nak keluar…down to the earth terasa hampeh jer nak taip apa-apa pun…
    fisa´s last blog ..budak baru belajar… My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang kak fisa..
      mula lah taip sikit, padam.. taip sikit, padam.. last2, padam laptop terus.. hehehe

  13. Ainul A.B says:

    Hi sya, same la org di cni pun bz ngat dgn Asterisk Boutique sampai x sempat nk update blog sendiri… hihi

    Miss nak bace blog ko ni…
    Ainul A.B´s last blog ..Adrianna Beraksi My ComLuv Profile



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220