kali pertama

Posted in mama on Feb 27, 2010

sepanjang 4 tahun lebih kami berkahwin, ini adalah kali pertama, kami sekeluarga menjamu selera di kedai ikan bakar. hehehe.. jangan gelak. sungguh. ini kali pertama. itu pun setelah berbulan-bulan saya mengugut memujuk si dia untuk makan di kedai ikan bakar. saya pun tak sangka kali ni si dia bersetuju. bukan mudah untuk memujuk si dia makan ikan bakar. sebab, makanan laut tidak termasuk dalam makanan kegemaran kami.

tapi, kenapa saya pulak sibuk teringin nak makan ikan bakar? padahal, saya pun bukan peminat makanan laut sangat.. entahlah.. tak tahulah kenapa. dari tahun lepas memang teringin sangat nak makan ikan bakar. tak payah banyak. seekor ikan dengan sotong goreng tepung pun jadilah… lepas tu, makan dekat kedai yang betul-betul tepi pantai… aduh.. syoknyaaa… satu lagi, rindu suasana makan di kuala perlis bersama-sama kawan pun ye jugak… :P tapi, nak pergi kuala perlis, punya laa jauh… huhu..

baru-baru ni, saya menyuarakan keinginan saya kepada seorang kawan. dia pun mencadangkan supaya kami pergi ke pantai remis, kuala selangor. di mana tempat kami pernah makan bersama dua tahun yang lalu. dan, terus saya suarakan kepada si dia… dan… dia setuju! sangat gembira ok…

akhirnya, sampai juga kami ke kedai aroma ikan bakar di pantai remis, err, bukan pantai remis, pantai jeram sebenarnya. di pantai remis pun ada satu lagi cawangan kedai makan yang sama. waktu kami sampai, banyak gile kereta. mengalahkan kenduri. mulalah risau, ada tempat duduk ke tak… tapi, alang-alang dah sampai, masuk je lah. sekali, tu diaaa…. besar betul tempatnya. jauh berbeza dengan dua tahun lepas. kami order dengan pelayan je.. malas nak pergi bersesak-sesak pilih ikan. ramai betul… disebabkan tahu kami tak berapa makan makanan laut, jadi, kami hanya order makanan yang saya teringin sangat, sotong goreng tepung, ikan pari bakar, sup dan sayur sahaja.

mula, risau juga takut kena tunggu lama. sebab memang ramai sangat orang. tapi, Alhamdulillah cepat juga sampai makanannya. jadi, terus makan, makan, dan makan… sampai tak terlarat nak makan, bungkus aje lah.. sambung makan kat rumah… :P tu lah, tamak sangat. tu belum order macam-macam lagi tu… hehehe… harganya? murah aje.. tak sampai RM 40 pun… ok lah tu kan… kalau agak2 nak makan banyak dan bersambung-sambung lagi, jangan risau, kemudahan surau disediakan. pegi solat, kemudian sambung lagi. tapi, kami tak lah bersolat di situ, ramai sangat. ada masjid berdekatan…

kalau datang pada waktu petang, boleh tengok sunset. waktu kami pergi, matahari menyorok.. jadi, tak dapatlah tengok pemandangan cantik seperti yang saya pernah tengok dua tahun yang lalu.. memang sangat cantik. sebab kedai makan nya tepi pantai..

teringin juga nak tengok kelip-kelip lagi.. bawa darwisy pula.. tapi, si dia tak mahu. bimbang darwisy menjerit.. lari pula semua kelip-kelip nanti.. hehehe.. ok lah, siapa yang menghala ke kuala selangor, boleh lah singgah di kedai ni. Aroma ikan bakar namanya…

singgah di pantai remis

singgah di pantai remis

pantai jeram

berlatar belakangkan Aroma Ikan Bakar

menu simple kami

sebab tertinggal kamera, tak dapat tepekkan suasana di sekitar kedai makan, sebab sangatlah tidak cantik gambarnya menggunakan handphone ku ini…

Related Posts with Thumbnails

26 to “kali pertama”


  1. hehe.. lady pulak ketagih pi kedai ikan bakar… lelebih lagi masa dok perlis dulu.. slalu ajak parents pi makna ikan bakar kat kuala perlis.. ikan bakar sana sedap hehe..
    lepas kawin ngan husband(org melaka) dok pi tibai ikan bakar kat melaka pulak ekekeke….

    • syayassir says:

      tu la lady…
      rindu sangat nak makan ikan bakar kat kuala perlis.. yang paling tak boleh lupa, sotong goreng tepung dia laa…
      melaka pun ok kan? tak pernah try lagi makan ikan bakar kat melaka. sebab duk makan asam pedas je… hehehehe

  2. tqah says:

    oooiit!!!xajak tqah pn.,..

  3. Lynn Nasir says:

    last skali tgk kelip2 masa skolah b4 spm..depa kata takleh amik kelip2 nnti kena denda. lynn pernah kena tahan sbb depa kata amik kelip2, lynn kata mana ada? depa tunjuk kelip2 kat bwh tudung..kelip2 masuk dlm aii nyer tudung!! ada ka patut..

    td lunch kat luar, teringin mkn ikan bakar, disbbkn mkn kena suap anak2, so lynn amik sup ikan je la. tp..tak tahan godaan, tapau gak keli bakar :p
    Lynn Nasir´s last blog ..AL-FATIHAH BUAT ADIK SYAFIA HUMAIRAH My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      lynn…
      hehehe… mesti kelip-kelip tu suka dengan lynn.. sampai nak ikut balik… :D

      godaan ikan bakar memang kuat, kan?
      tapi, rasanya lepas ni, lambat lagi kut nak makan ikan bakar.. rasa macam perut ni penuh lagi dengan ikan bakar ari tu.. :P

  4. Kak Nik says:

    sya..
    akak pun baru ni pegi gak ke gerai ikan bakar… dah lama tak makan..masuk blog member2 depa pun duk citer hal ikan bakar..terliur..so gi lah kat Jln Bellamy blkg istana negera tu..bolehlah..tp ikan kurang fresh..teringat makan kat KB.. punyalah manis ikan…kat Jln Bellamy tu seketul ikan terubuk ngn sekor ikan kembung plus nasi n air..rm23..blhlah..

    • syayassir says:

      ye ke kak nik?
      memang blog orang ni boleh mempengaruhi,kan? :P
      kat KB tu memang ikan fresh kan.. dekat dengan pantai.. kat KL ni, susah sikit nak dapat ikan fresh kan… apa kata kak nik try pegi tempat ni… harganya ok juga… :D

  5. hamizah says:

    bestnya ikan bakar tu..dah lama tak makan..
    hamizah´s last blog ..Dia Dah Memegang Tittle ‘J’ My ComLuv Profile

  6. sya…pantai remis tu mmg tempat fiza dan keluarga berhujung minggu. selalu jugak bersarapan dipantai remis tu. pernah beberapa kali makan ikan bakar kat situ. fiza tahu tempat yang sya maksudkan. pemandangan, mmg best la…walaupun pantai tak boleh nak mandi. rumah fiza agak dekat dgn pantai remis. len kali, kalau dtg pantai remis, beritahu la. boleh jumpa. hehehe….
    fiza@umisofie´s last blog ..Allah Menentukan Segalanya….! My ComLuv Profile

  7. Kak Tie says:

    Besar dah Darwisy tu… hehe..

    Kak tie dah lama tak makan ikan bakar. Kat sini tak de tempat yang best laa.. Ada satu tu servicenya lambat macam siput. Rasa nak masak sendiri kat dapur dia… Tu pun pergi atas undangan kawan abang.

    • syayassir says:

      kak tie.. kat sana dekat dengan tepi pantai kan?
      ish.. kalau servis lambat, memang takkan pegi dah, kan?
      nanti2 boleh lah pegi lagi kak tie…

  8. isabelle says:

    syoknya ikan bakar. dekat2 sini kalo nak puas mkn (dan murah)..katne ekk?
    isabelle´s last blog ..Dumbfounded by tortoise My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      hmm… tak tau lah is..
      sebab, ini pun kali pertama pegi makan ikan bakar semenjak duduk sini.. hehehe…
      try lah pergi ke pantai jeram ni.. murah juga…

  9. DeLLa says:

    jeles…huhu
    DeLLa´s last blog ..FB..CoNNEcTiNG PEoPLe.. My ComLuv Profile

  10. fisa says:

    ermmm nak kena try test nie..;)
    pemandangan nya menarik tu…
    fisa´s last blog ..budak baru belajar… My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      pemandangan waktu sunset cantiklah kak fisa.. pantainya, biasalah.. macam pantai morib jugak… hehehe..

  11. mrs azmi says:

    tempat feveret saya dan keluarga kakak.. asal baru dapat gaji mesti ada slah sorg yang bersuara
    “jom g jeram!! i belanja..” hehehe..
    kat situ beranila nak open table sebab murah.. cube tempat lain.. mau berpinau bijik mate nak membayau! wakakaka
    mrs azmi´s last blog ....dan jawapannye adalah……..!! My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      ye ke mrs azmi?
      syoknya dapat gi jeram selalu…
      tapi, memang murah kan?
      selalu dengar orang makan ikan bakar sampai ratus2.. tiba kitorang makan, tak sampai 40 hinggit pun.. kira oklah tu.. sebab makan sampai sendat… :P

  12. shela says:

    bestnya….makan2..
    shela´s last blog ..CITA-CITA SAYA..KINI KERJAYA 1 My ComLuv Profile


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. syayassir.com » kali kedua – tak seperti kali pertama 19 03 10

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220