google pics?
bila menulis blog, dan tak ada gambar sendiri untuk dijadikan hiasan entry (cewah!), saya suka juga cari gambar dari google dan tepekkan di blog saya ni. lepas tu, bila baca-baca blog kawan-kawan, saya tengok ramai blogger yang tulis *pics from google dan saya alih bahasa kan ke bahasa melayu, *gambar dari google di bawah gambar tersebut.
sampai lah satu hari, seorang kawan menegur saya, katanya, seeloknya gambar yang diambil dari google, letaklah kredit yang betul dari mana tempat gambar tu di ambil. bukan tulis gambar dari google sahaja. ye, memang lah kita tak tahu, gambar tu entah memang original dari situ atau pun tidak. tapi, kita ambil dari situ kan.. kredit saje lah ke tempat yang kita ambil tu. pada saya, ini adalah salah satu cara tanda kita berterima kasih kerana dari situ mendapat gambar untuk menghiasi entry kita. sekurang-kurangnya, kita berterima kasih dengan cara memberikan trafik kepada laman web tersebut.
memanglah kita boleh kata, “ala, kalau dah gambar tu ada tersenarai di google, ambik je lah. lagipun, kalau taknak gambar diambil, jangan letak dalam internet, tak pun letak watermark..” amboi, bahasa…. cuba bayangkan kalau gambar kita pula orang buat macam tu? suka tak? suka?
ala, bukan susah pun nak letak kredit kan… copy aje url nya dan paste kan dalam entry… tentu orang tu menghargai apa yang kita buat.. tak pun, kalau rasa susah-susah sangat.. tak payah letak gambar macam dalam kebanyakan entry-entry saya semenjak ditegur hari tu… hehehe…





hehhee
ye setuju
asniza´s last blog ..Suami Memimpin, Isteri Mengurus – Siapa Salah? Kenapa Lelaki Sukar Minta Maaf?
hehehe…
ye la..
sebab akak lah orangnya…
tul tu sya.. tak ramai yg suke kreditkan pada tuan asal… dulu camtu gak, tapi skg lau letak gmbar dr google saya copy paste dari mane.. senang.. tak la rasa bsalah..
tu kira ok la, de tu copy paste dr blog org, tapi langsung xde kredit pada tuan asal…
fiezaradzi´s last blog ..Anda Jiran yang Baik?
tu lah fieza..
saya dulu pun macam tu..
tapi, kalau artikel, saya tetap kreditkan..
tak sanggup rasanya tepek hasil tulisan orang kat blog sendiri…
sekarang ni, gambar pun dah tak berani nak tepek sesuka hati..
harap2, mesej ni sampai…
kadang2 orang double standard.. dia menulis dan dia tak mahu orang lain ciplak atau copy paste artikel dia.. tapi dalam masa yang sama dia tidak berlaku adil kepada orang yang punya gambar…
dulu banyak jugak ambil daripada web lain, masih ada yang terlepas di RH (tak terlarat lagi nak check semula.. skrg lebih berhati-hati.. Amalkan juga baca T&C web tu…
asniza´s last blog ..Suami Memimpin, Isteri Mengurus – Siapa Salah? Kenapa Lelaki Sukar Minta Maaf?
ha ah kak ummi…
sendiri punya, siap ada copyright reserved bagai.. tapi, yang lain2 tu ambik dari orang punya juga… sekalipun sekadar quote, bagitau lah origin nya dari mana…
lepas akak tegur tu, saya dah berhenti. tapi, tak buang lagi yang lama2.. kena cek balik ni..
betul la sya…saya pun kdg2 terlepas pandang. tapi, sejak rajin jln2 ke blog kwn2, saya ambil ikhtibar. terima kasih sya, ingatkan insan yg mudah lupa ni…hehehe…bersalah rasanya.
fiza@umisofie´s last blog ..~Sofie Yang Manja~
ala fiza..
sama2 ingat memperingati.. saya pun, kak ummi yang ingatkan.. hehehe
mesej ni memang terkesan di hati ku…;)
kadang2 rajin wat sendiri..
p kebanyakannya amik dr mr google…hehehe…
fisa´s last blog ..irfan makan apa…
hehe.. teguran kak ummi dulu pun sangat terkesan pada saya… terus tak berani buat dah..
saya rasa kalo malas letak url pun, they shouldn’t put it as GOOGLE PICS..
instead, it should be GOOGLED PICS.
kalo malas jugak, maka jadi la mcm saya… xmention langsung dr mana (tak patut nih).
kalo malas lagi, buat la mcm sya..xyah taruk gambar terus. senang citer…
hehehe..
isabelle´s last blog ..Bila anak dara di labour room…
memang betul pun is..
saya risau juga gambar2 lama yang tak di delete lagi tu. buatnya pemilik gambar tu tiba2 nak saman ke, apa ke.. kan naya?
oh gitu, saya baru dalam berblog..xperfikir plk. tq bagi ilmu nie..lain kali, blehlaaa letak mane kita dpt gambar atau article tu
tak pe shafida..
banyak lagi boleh belajar..