lebih baik tak tahu daripada tahu..
baru-baru ni, saya terjengah ke blog salah seorang bekas pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM. waktu tu, saya terfikir, mungkin saya tak perlu baca. mana tahu saya terjumpa sesuatu yang menyakitkan hati saya pula. tapi, sisi hati saya yang satu lagi pula berkata, “bacalah, bacalah!” hehehe… jadi, saya pun baca. tapi, tidaklah saya fahami semuanya kerana dia menulis dalam bahasa ibunda dia.
tapi, disebalik bahasa ibunda dia tu, ada juga satu dua perkataan yang saya fahami. tiba-tiba, saya terjumpa satu entry yang ditulis, merungut mengenai gerak gempur yang sekolah lakukan tahun lepas. nak fahamkan keseluruhnnya, saya translate kan bahasa dia ke dalam bahasa inggeris melalui laman web ini . katanya, membuang masa dia dan pelajar lain. aduh, tersentap rasanya saya. selama 11 tahun bersekolah, dan 7 tahun di beberapa universiti, tak pernah pula saya rasa gerak gempur itu membazir masa. sungguh saya tak sangka. patutlah kedatangan pelajar tingkatan 5 hujung tahun lepas selepas percubaan SPM tak sampai 50%. dan, itu adalah kali pertama pelajar-pelajar tingkatan 5 bersikap sedemikian. tahun-tahun sebelum ini tak begitu. rupa-rupanya, mereka mendapat kefahaman yang lain. gerak gempur itu membazir masa. mungkin mereka rasa belajar di bilik sambil makan dan berbaring lebih berfaedah berbanding membuat gerak gempur dan berbincang dengan guru.
hmm… pelajar, pelajar… kalaulah kamu pandai mengambil peluang… kalaulah kamu tahu erti mencari ilmu…
tapi, apa nak buat. saya mengetahuinya setelah SPM telah lama habis. dah nak keluar keputusan pun tak lama lagi.. tak apalah… walau apa pun, sebagai guru, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka. dan, yang lain-lain itu, hanya Tuhan sahaja yang membalasnya. cuma ingat satu perkara sahaja hai pelajar, ‘what goes around, comes around…’
kemudian, saya terjumpa pula facebook nama sekolah saya. juga ditulis dalam bahasa ibunda mereka. adoi laaa… ini lagi tak boleh di baca. bila saya translate.. sangat-sangat menyakitkan hati! memang menjadi medan mengutuk cikgu. bukan kutuk cikgu je.. malah, kutuk kaum sekali.. bengang saya.. tak patut sungguh diorang… disebabkan itu, saya tak akan accept walau seorang pun dari pelajar atau bekas pelajar saya. saya kena ambil langkah berjaga-jaga… menyesal saya buka akaun facebook tu… huhu…
* lebih baik tidak mengetahuinya daripada mengetahui dan sakit hati…





salam sya,
sabar ye. dugaan kan? penat2 kita memberi ilmu dan caring pd mereka, inikah hasilnya? tak makan saman punya budak!
patutlah ramai guru lebih memilih tak mau amik port hal2 yg lebih drpd hal mengajar. bila dh terlebih syg/care..senang lah pula kecil hatinya..
Lynn Nasir´s last blog ..MISI YANG SUDAH TERCAPAI
salam lynn…
budak2, macam tu laa…
hmm, ada ke guru yang tak ambil port hal2 lebih daripada mengajar? tak perlu rasa sayang.. orang yang tak mengajar pun rasa marah bila diorang kutuk2 kaum melayu… huhu..
sekeh je budak2 ni…sesuke je ngutuk cikgu..x berkat ilmu tu nanti kang
yatie chomeyl´s last blog ..bertemu Louis Koo..pelakon pujaan hati ku (^_*)
hehehe…
kalau lah buleh di sekeh2 yatie.. dah lama saya jalankan aktiviti menyekeh.. hehe…
diorang tak tau pun perkataan berkat tu apa..
bdk2 skrg mmg biadap sya..guru langsung tak hormatinya.bkn yg berlainan bangsa je bgt,yg muslim pon sama..
hamizah´s last blog ..Malaysia, Malaysia, Malaysia..
memang hamizah…
nape tah jadi gitu…
hai laa…bila dh tau makin sakit hati di watnya…p kalau tak amik tau t kita tak tau la plak apa kisah nya…
pelik sungguhhh budak2 skang nie…makin menebal sikap biadap mereka…aduhhh…
fisa´s last blog ..‘anak akak tak nak makan laa….’
tu la pasal kak fisa..
tak nak tau. tapi, bila terjumpa.. mula rasa nak tau… siap translatekan lagik.. busy body sungguh daku nih..
kdg2 dgn org yg mcm tu, pendekatan selamat dan mudah adalah “biar je..smpi masanya, dia sedar la nanti. woun masa tu dah terlambat..”
isabelle´s last blog ..Bila anak dara di labour room…
memang dibiarkan aje..
tengok aje sampai mana ‘langkah’ diorang tu…
biar dia rasa senang dulu sekarang..
salam
saya pun tengah berjinak2 dengan translator ni. dan saya memang kena belajar bahasa ibunda pelajar saya sebab mereka tak faham melayu sepenuhnya… garu kepala bila saya kena tanya budak sekaum dengan dia dulu baru cakap dengan dia.. baru la ada respon huhuhu
irtiyah´s last blog ..Puas Hati Aku
hah.. sama lah kita irtiyah..
dapat budak tak faham bahasa melayu..
terpaksa lah belajar pulak bahasa diorang..
senang nak tunjuk muka surat tang mana… hehe
salam sya…baru kesempatan membacanya pagi ni. tak sangka ye…budak2 sekarang, sebegitu sekali dgn guru. tak ikhlas sungguh mereka.
fiza@umisofie´s last blog ..Syukur Ya Allah, terima kasih teman2.
hmm..
tu lah fiza. tak tau nak cakap apa diorang ni…
budak2 zaman sekarang, mmg dashyat2 kan.. sepatutnya berterima kasih pd cikgu yg ngajar..ni tak.. dikutuknya pulak.. adoi..
fiezaradzi´s last blog ..Tutorial Favicon untuk Blogspot
diorang rasa tak dapat apa2 dari cikgu kut.. sebab tu dikutuk2.. huhu