kita sudah hilang sifat peduli

Posted in entah on Feb 28, 2010

dimanakah sifat peduli kita bila seorang kanak-kanak didera dengan teruk di depan orang ramai? dimanakah sifat peduli kita bila pasangan bersekedudukan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan?

kita kononnya tidak suka sifat tipikal melayu yang suka menjaga tepi kain orang. malah, kalau boleh kita mahu tinggal di kawasan kondo esklusif yang mana jiran-jirannya tidak mengambil tahu hal orang.. habis, kita suka jika jiran-jiran buat tidak peduli bila anak kita diculik orang kerana tidak mengetahui yang itu adalah anak kita. dan, adakah kita suka jika jiran-jiran tidak langsung mahu ambil tahu bahawa jasad kita sudah hampir mereput dalam rumah kerana tiada orang mahu peduli.

memanglah kita tidak suka jiran yang terlalu ambil tahu. atau pagi petang siang malam duduk bertangga dihadapan rumah. tapi, cukuplah sekadar mereka mengambil peduli akan apa-apa yang berlaku terutamanya perkara-perkara yang memerlukan bantuan dan sokongan. dan, sudah tiba masanya kita hidup dalam masyarakat yang ambil peduli.

bukan lah masyarakat yang menyibuk. mungkin kita tidak tahu, atau sengaja tak ambil tahu, jadi, jiran-jiran sekeliling boleh tolong memberitahu.

saya risau, kekurangan sifat ambil pedulilah yang menyebabkan kes-kes dera, buang anak, bersekedudukan sebelum nikah dan sebagainya berlaku. bertugas sebagai guru menjadikan saya seorang yang terpaksa ambil peduli. dan, mungkin kita juga harus mengembalikan semula sifat ambil peduli dikalangan masyarakat supaya kejadian-kejadian yang tidak di ingini tidak lagi berlaku. dan juga, menjadi ibu bapa yang ambil peduli tentang kelakuan anak-anak.

bak kata pentadbir ratuhati.com dalam artikelnya, Apa yang kita tanam dahulu kini kita sedang menuainya. dengan ibu bapa yang kita lihat sekarang, kita sudah boleh agak apa akan jadi dengan generasi seterusnya. melainkan, kita membuat perubahan dengan menjadi masyarakat yang ambil peduli.

p/s: tidak perlu marah dengan pendapat saya. ini adalah sekadar pendapat dari sudut hati saya yang paling dalam… masing-masing ada pendapat masing-masing. kalau tak suka, diam sahaja.

Related Posts with Thumbnails

8 to “kita sudah hilang sifat peduli”


  1. shela says:

    jadilah jiran yg ambil peduli..
    shela´s last blog ..Donut Citarasa MamaSheLa My ComLuv Profile

  2. Lynn Nasir says:

    salam,

    saya pun sangat risau jika jiran tetangga tidak kenal anak2 saya. sbb tu walau sesuntuk mana pun peluang yg ada, mesti saya tegur juga jiran tetangga, kdg2 senyum :)

    saya selalu berdoa meminta Allah tempatkan anak2 saya dalam jagaan mereka yg berbelas kasihan terhadap mereka (terutamanya jika saya & suami sudah tiada nanti).
    Lynn Nasir´s last blog ..AL-FATIHAH BUAT ADIK SYAFIA HUMAIRAH My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang lynn..
      asalkan dia biasa nampak sudahlah kan..

      hmm, yang tu pun saya selalu terfikir.. siapalah nak jaga anak2 nanti. kalau diizinkan, biarlah sampai anak2 kita pandai menjaga diri sendiri, kan?

  3. cW says:

    bukan setakat jiran tetangga tak amik peduli
    mak bapak pun tak heran ke
    napa anak aku pregnant tapi laki kat penjara
    sapa bapak budak ni
    bila dia buat anak ni
    takkan masa ziarah banduan di hari raya?

    our society ni dah jadi macam ‘aku malas nak amik port’

    penyakit terkutuk dalam mana2 bangsa pun

    pastu yang main bola kat padang tu

    duk tengok je org tu belasah awatnyaa
    hangpa laki kan pi la tuju balik org tu

    lawan je la tumbuk ka apa ka

    ni tengok ja

    pastu bila dah jadi camni, macam2 la korg cerita, pii raaa cakap je pandai tapi buat tadak

    mak dia pengsan2 tu i sikit pun tak sian…menyampah!!

    • syayassir says:

      memang cW,
      heran tengok mak bapak dia..
      camne boleh tak kisah anak dia mengandung luar nikah.. tak paham lah mak bapak zaman sekarang nih…

      memang sangat geram dengan orang2 yang hipokrit ni. sekarang, masing2 duk buat cerita nak melepaskan diri sendiri.

  4. fiezaradzi says:

    tul sya.. susah nak jumpe masyarakat yg tul2 prihatin, esp kt bandar2 besar.. tapi, syukur, sbb kejiranan saya masih lagi ambil berat.. sedes dgr brita2 pasal baby/kanak2 yg didera nih..
    fiezaradzi´s last blog ..Anda Jiran yang Baik? My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      Alhamdulillah.. bestnya fieza duduk tempat macam tu…
      nanti nak cari rumah, ini salah satu kriteria idaman kami.. harap2 dapat lah…



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220