manusia bukan lagi manusia!

Posted in mama on Mar 04, 2010

emo.. saya sangat emo. saya pasti, bukan saya seorang yang emosi bila tengok berita malam ini. pasti semua ibu-ibu dan juga semua manusia yang masih lagi manusia akan rasa geram, marah dan sedih melihat berita mengenai seorang lagi kanak-kanak yang mati di dera.

ya Allah. dia baru 18 bulan…  kenapa mesti dera? kenapa mesti menunjukkan kegagahan pada insan yang sememangnya tak akan dapat melawan balik? kenapa mesti menyakitkan? hmm, tak terkata saya. tak dapat bayangkan betapa tersiksa si kecil menanggung kesakitan yang amat sangat di pijak, di pukul,  dan sehingga tulang rusuknya patah, dan hatinya pecah.

gila! sungguh gila! manusia itu bukan lagi manusia. juga bukan binatang. sekalipun binatang itu tak ada akal, sekurang-kurangnya binatang masih punya perasaan. manusia itu sudah tidak lagi punya perasaan. kalau ikutkan perasaan geram, mahu saja saya pijak-pijak dia pula. biar dia tahu sakitnya bagaimana.

ibu dia? kenapa mesti hantar? hmm… tak tau lah saya. tak faham…

memang saya dilanda emosi. entry kali ini berbaur marah. saya sudah tidak faham lagi dengan keadaan manusia di zaman sekarang. dan mula memikirkan mengapa manusia jadi begini. apakah desakan hidup di zaman yang materialistik ini menjadikan manusia berhati robot. dan tidak lagi punya perasaan. saya tak faham. sangat tidak faham.

kalian, mari kita sama-sama berdoa. moga semua kanak-kanak di dunia ini dilindungi dari manusia yang kejam dan tidak berhati perut. moga semua manusia di dunia ini kembali ke fitrah manusia…

Related Posts with Thumbnails

20 to “manusia bukan lagi manusia!”


  1. matun says:

    senang je jawapannya..sebab manusia dah tak kenal Allah..kalo basic iman kukuh,insya Allah takde lah segala kekejaman..dan lagi kita dah menghampiri kiamat..manusia akan kembali kepada sifat jahiliyah..macam sebelum kedatangan islam..walaupon semua mengaku islam..tapi tak pernah nak praktik..habis camne???hehehe..komen pon cam teremo plak..sowi..tapi tulah..geram baa..

    • syayassir says:

      hehe.. tak pe komen emo matun.. :P

      memang manusia sekarang dah meninggalkan agama. sudah jauh dengan agama. mana2 agama pun melarang perbuatan jahat. tapi, bila agama dah ditinggalkan, macam2 lah yang terjadi…

      p/s: matun, dah privatekan blog ye.. dah tak boleh buka lah…

  2. Lynn Nasir says:

    salam,

    mmg betul tu! tensi btol ngan mak nyer. yg bengong sgt pi anto gak lepas bapak dia kata tak mau anto (sbb anak pernah lebam2 blk dr sana) tu kenapa? bangang cap mengong! dok la sekapal ngan mak arwah shafia!!!!

    anak dah mati, baru nk pengsan2..geram btol aku!
    Lynn Nasir´s last blog ..MISI YANG SUDAH TERCAPAI My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang geram kan lynn…
      kenapa lah tak fikirkan keselamatan anak tu dulu. kalau terdesak sekalipun, janganlah sampai hantar pada orang yang pernah dera anak dia.. tah kenapa lah benda macam tu pun tak boleh fikir…

  3. UstazCahaya says:

    Salam ziarah.

    Astaghfirullah.. genap seminggu. Macam wabak pula. Apakah Allah ingin menunjukkan kepada kita realiti di sekeliling kita agar kita boleh bangkit dengan penyelesaian. Selama ini bukan kita tidak nampak realiti, tapi kita tidak peduli.

    Tengok macam lagu Halimah J itu, masih meriah berkumandang di radio. Sedangkan dah banyak rakyat Malaysia komplen dengan lagu dan drama itu. Ini permulaan kelahiran manusia tiada perasaan dan tidak sensitif dengan perasaan orang lain, drama macam HJ tu.

    Saya suka dengan ayat Kak Sya yang ni:

    “apakah desakan hidup di zaman yang materialistik ini menjadikan manusia berhati robot. dan tidak lagi punya perasaan..”
    UstazCahaya´s last blog ..Luahan Rasa Kepada Nurhanim Ibu Arwah Syafia My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      betul ustaz..
      selalunya benda macam ni bagai wabak. ada sahaja kesinambungan..
      kita sudah menjadi masyarakat yang tidak peduli. bila ada sesuatu perkara buruk berlaku, mata kita menjadi tak nampak, telinga jadi pekak…
      bimbang dengan ‘penyakit’ masyarakat kini..

  4. fisa says:

    malam tadi bile tengok news kat tv…fisa pun emo sesgt2…dok terbayangkan kalau kita dapat balas balik perbuatan orang itu…apa lak yg dia rasa kalau kita pijak2 lak badan dia…eeeee geramnya…p mana mungkin kan…uhuksss….

    manusia kini hilang pertimbangan…gagal mengawal perasaan…nipisnya kesabaran…makin menebal sifat mengalah kan binatang…huh…betul2 emo nie…makin menebal emo bila c comel tu hanya berusia 18 bulan…manaaaaa laaa terdaya nak melawan…ahhh ku hangin ni…eeee…sory sya tumpang tmpat luahan perasaan…
    fisa´s last blog ..‘anak akak tak nak makan laa….’ My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      itu lah kak. kalau rasa nak tunjuk hebat sangat, gaduh aje lah dengan orang dewasa yang sama2 kuat. ini budak kecik tu yang jadi mangsa. memang tak pakai akal orang ni…

  5. sya,
    semuanya krn benteng iman yang sgt2 rapuh. semua manusia yang berakal takkan melakukan perkara begitu. apatah lagi kanak2 adalah insan lemah yg perlu kita lindungi.
    kita ni, manusia berakal, acah2 nak cilikan mulut anak pun rasa tak sampai hati. inikan pula tindakan sebegitu…. saya macam hilang arah sekejap bila dengar berita tu….tergamam, terdiam. tak tahu apa lagi nak dikatakan.
    fiza@umisofie´s last blog ..Syukur Ya Allah, terima kasih teman2. My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang tak tau nak kata apa fiza..
      dah hilang sifat2 manusia nya..
      tak faham… mungkin kita perlahan2 berevolusi menjadi manusia yang dah bukan manusia…

  6. saya pun rasa nak pijak2 je tukang dera tu huhuhu emo2x

  7. mrs azmi says:

    si pelaku mmg tak kenal Allah sebab bukan muslim kan?

    tapi satu hari nanti pasti si pelaku itu akan termimpi semula perlakuannya.. dan itu semua akan sentiasa menghantuinya kemana saja dia pergi.

    pasti!!
    mrs azmi´s last blog ....dan jawapannye adalah……..!! My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang mrs azmi..
      dia bukan muslim..
      tak tau lah.. harap2 dia terima balasannya terus di dunia ni… biar dia turut menderita…

  8. PuanShela says:

    geram!!!!!!
    ** sya kena tag..nnt jawab ek tag.. :)
    PuanShela´s last blog ..Tag Dari Izah My ComLuv Profile

  9. Fid says:

    memang bend ani macam ada satu frequency la apabila kena resonan mmg semua keluar serentak

  10. fiezaradzi says:

    mmg byk kes skg ni, smalam brita pasal buang bayi kat kuching.. dah dh dpt tngkap rasanye.. tapi tak kesian ke pada bayi tu,.. mmg tak de perasaan langsung.. saya pun geram bila kes camni jadik..
    fiezaradzi´s last blog ..Tutorial Favicon untuk Blogspot My ComLuv Profile



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220