HFMD – kali ketiga
balik ke rumah hari jumaat baru-baru ni, saya perasan di tangan dan kaki darwisy ada tanda-tanda yang saya pernah nampak sebelum ni. tapi, tak banyak sangat. dan, darwisy juga mula taknak minum dan makan. sebab dalam mulutnya turut terdapat bintik-bintik merah.
sabtu, bintik-bintik merah melepuh semakin banyak. tak seperti sebelum ni. dua kali yang sebelum ni, sikit dan masih boleh di kira. tapi, kali ni, banyak, dan semakin banyak. seolah-olah semakin banyak setiap jam. menjelang petang, bintik-bintik merah melepuh sudah penuh di tapak kaki hingga ke celah peha dan punggung, serta penuh di tapak tangan hingga ke ketiak, dan di lidah, di mulut juga di luar mulut. kesiannya. darwisy dah tak mahu makan dan minum. merengek sepanjang masa. mungkin lapar, tapi tak boleh minum. mulutnya sakit. saya pasti, ini tentu HFMD lagi. saya telefon pihak taska, bertanyakan samaada ada kanak-kanak di situ yang dijangkiti penyakit ini. katanya, tiada laporan dari ibu bapa, dan tiada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda seperti jangkitan melainkan ruam biasa.
kemudian, kami bawa berjumpa doktor. memang benar. darwisy di jangkiti HFMD.. lagi. banyak yang saya tanyakan kepada doktor kali ini. selain dari jangkitan dari kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini, adakah sebab lain yang memungkinkan darwisy mendapat penyakit ini. kata doktor, TIADA. penyakit ini adalah disebabkan jangkitan dari kanak-kanak yang telah dijangkiti. bukan dari binatang, dari permainan, atau dari ibu atau bapa. dan, penyakit ini juga boleh berulang. bila saya katakan, pihak taska memberitahu tiada jangkitan di sana, kata doktor lagi, bukan tiada, tapi, tidak tahu. sebab, simptomnya berbeza pada setiap kanak-kanak. mungkin kanak-kanak itu ada jangkitan, tapi tidak teruk sangat, jadi ibu bapa tidak perasan simptomnya. jangan salah anggap, saya tak pernah menyalahkan pihak taska sama seperti sebelum-sebelum ini.
cumanya, saya rasa hairan sahaja dengan ibu bapa. tidak prihatinkah mereka dengan perubahan-perubahan pada anak sendiri, sehingga tidak perasan bahawa penyakit itu boleh berjangkit? atau, tidak prihatinkah ibu bapa sehingga tidak tahu yang itu adalah penyakit berjangkit? atau, tidak pedulikah ibu bapa, walaupun sudah tahu penyakit itu berjangkit, tetapi masih menghantar anak ke taska dan menyebabkan penyakit itu berjangkit? entahlah, saya tiada jawapannya. yang pasti, saya cuba menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan tidak menghantar anak ke taska untuk menjaga kesihatan kanak-kanak yang lain di taska itu. sekalipun, kami terpaksa berkorban, bergilir-gilir mengambil cuti yang sememangnya hanya ada beberapa hari setahun itu. (kerana itu CRK yang tujuh hari itu kami hanya peruntukkan untuk kesihatan darwisy)
kali ini, disebabkan terlalu banyak bintik-bintik merah melepuh itu, darwisy demam. dan merengek sepanjang hari. sabar ye sayang.. nampaknya mama kena usahakan sesuatu supaya darwisy kurang berisiko dijangkiti HFMD lagi. ada perkara yang perlu dibincangkan dengan pihak taska…. apa-apa pun, sebenarnya, ini semua adalah ‘hadiah’ dari Allah yang mana sekadar mahu menguji hamba2nya.. kan? jadi, bersabar-sabar sahaja lah…
cerita HFMD kali kedua di sini
*update hari keempat – hari ni bintik2 semakin banyak lah pulak… huhu..








kesiannyer sya … entahlah now parent lebih pentingkan dunia dr tgjwab pada anak2 .. ank2 sakit pun stil suruh org taska jaga sbb sibukkan dgn keje kat opis .. yg jd mangsa budak2 ni lah .. semoga cepat sembuhnyer ..
L@n@´s last blog ..Pesta Lampu i-CITY Seksyen 7, Shah Alam
lana,
tak tahu lah lana… kenapa entah masih hantar kalau dah anak2 sakit.. kesian dekat kanak2 yang lain…
kasihannya darwisy.. sabar ye sya…
harap darwisy cepat sembuh…
asniza´s last blog ..Fobia
terima kasih kak ummi…
ni kali ke3 ker? kesiannya kat bdk kecik tu.. bila kena? dah makin baik ker? semoga darwisy cepat sembuh….
ha ah kak ila..
kalau akak perasan, tiap2 tahun, mesti saya ada CRK sebab HFMD ni… ni dah tahun ketiga.. huhu..
kali ni teruk juga lah.. kena hari jumaat, dan hari ni ada lagi bintik2 yang baru naik.. makin banyak pulak…
alala..siannya anak sedara mak nina ni..meh mak nina cium, skit..mmuuaaahh..
ish.. jangan cium.. awak cium kang, tambah banyak pulak bintik2 kat badan darwisy.. muahahahahaha….
kesiannya darwisy.. takut juga lau kes cmni.. kt taska anak saya, mmg quite strict.. lau demam pun xleh hantar..
de skali cuba nak tukar taska yg lebih dekat kt rumah, tapi bila jiran bgtau, de bdk kena chicken pox still dihtr ke taska tu, terus tak jadi..sptutnya ibu bapa lebih prihatin ttg hal ni..lau anak tak sihat, duduk la rumah jaga..
ni pulak kes HFMD.. lagi berat tu..
fiezaradzi´s last blog ..Tutorial Favicon untuk Blogspot
hmm.. tu lah fieza.. ibu bapa kena prihatin. tak boleh penting kan diri sendiri saje.. nanti kanak2 lain yg jadi mangsa..
Salam sya,
kesiannya darwisy..anak2 lynn tak penah kena penyakit mcm ni lg. jd tak tau la mcm mana rasanya menjaga pesakit kanak2 mcm ni..tp, kalau sampai takleh mkn minum tu..haru gak. bilanya nk sihat kan? try bg mkn buah2 yg dikisar pastu jadikan aiskerim..takpun yogurt ke?
skang ni makbapak takleh nk kata “tak tau” kan, sbb bukannya hidup kat zaman jahiliah. kalau takde keinginan nak tau, mmg mcm tu la..
Lynn Nasir´s last blog ..HARI MINGGU YG BEST
meman haru lynn.. sedih tengok dia menangis lapar, tapi tak boleh makan…
memang bagi yogurt lah ari tu.. tapi, sekarang dah boleh makan nasi..
ha ah, sekarang ni semuanya di hujung jari. sepatutnya kena ambik tau lah penyakit2 berjangkit macam ni…
Anak sakit memang menjerut hati ibu penuh kerisauan. Penyakit ni bahaya. Moga sya tabah dan jagalah darwisy supaya cepat sembuh.
Ila-Ali´s last blog ..Ayang, nanti bagi emas sebagai hantaran ya!
thanks ila..
harap2 darwisy cepat sembuh. dan mama tak risau lagi..
alaaa kesianyer kat darwisy
semoga cepat sembuh yer sayang…
thanks auntie nuyue…
baru sempat baca entry nie…
moga darwisy cepat2 sembuh…
fisa´s last blog ..anak dan kafein…
tak pe kak fisa..
semalam lupa nak bgtau akak, cancel lunch kat pelita… huhu
kesiannye darwisy..hopefully cepat sembuh k
farah´s last blog ..Travelling cost us too much
thanks farah..
doa2kan ye…
kecian darwisy..
PuanShela´s last blog ..Tag Dari Izah
kesian…
sedihnya… teringat anak saya masa kena ni dulu pun tak mkn beberapa hari, itu pun hanya ada 3,4 biji di kawasan mulut, ini kan pula darwisy yg lebih teruk jangkitannya…
ha ah izzah…
tapi sekarang dah ok.. dah berselera makan semula. cuma, dia dah kurang menyusu pulak… huhu
Salam tuan rumah@tuan tanah…
..so bila dorg sakit..agak mencabar skit…tp alhamdulliah..dah setaun xde la demam2 truk..kna infection n else..sy bg supliment yg kuatkn imun system dorg..untk info jmput ke blog sy..ni sekadar berkongsi as parents… http://haffiztf.blogspot.com/ …nk bg kat anak ke xnk up to ue..tp untk sy n family..sgt2 membantu…
rasa nk bg info sikit kat sini..berkenaan masalah kesihatan anak2 nie…sbb sy serik dh anak2 kena jangkitan nie..kesian dorg..
sy ada 3 org putera..1st twin..
haffiz´s last blog ..
salam haffiz…
terima kasih di atas info. insyaAllah, saya akan ke blog en haffiz..