kerana HFMD

Posted in darwisy on Mar 09, 2010

sebelum ini, darwisy kena HFMD yang sedikit, jadi beberapa hari sahaja, dia sudah sembuh dan boleh dihantar ke taska seperti biasa. tapi, kali ini, darwisy kena jangkitan yang agak teruk. bintik-bintik merah melepuh bukan sahaja pada kaki dan tangan, tapi boleh dikatakan hampir ke seluruh kaki, tangan dan di dalam dan di luar mulut. kulitnya menjadi kasar. bintik-bintik merah melepuh habis digaru. mungkin akan meninggalkan kesan parut. tapi, Alhamdulillah dia dah boleh makan. mungkin mulut dia dah lali dengan sakit tu…

jadi, bila banyak bintik-bintik merah melepuh, lambat lah baik. selagi lepuhan berisi air masih ada, atau selagi ada bintik-bintik dalam mulut belum habis, dia tak boleh dihantar ke taska. saya taknak berjangkit pula dengan kanak-kanak yang lain. tapi, masalahnya, kami berdua memang tak dapat ambil cuti lagi. papa sibuk dengan hari sukannya. dan, saya bakal sibuk dengan keputusan SPM yang bakal keluar hari khamis nanti (berdebar-debar gila ni weih…!) jenuh saya fikirkan, ke mana mahu menghantar darwisy..

Alhamdulillah, tok ma dan tok walid darwisy sudi datang dari jauh untuk menjaga satu-satunya cucu yang sedang sakit ni.. walaupun untuk sehari, tapi dah cukup meringankan.. asalnya, tok ma dan tok walid mahu bawa darwisy balik terus ke sana. alang2 tinggal beberapa hari je lagi kami balik ke sana juga. tapi, hmm.. berat hati saya dan papa nak berpisah dengan darwisy.. takut nanti kami tidur sambil meleleh air mata… hehehe… dan, nampaknya, kami terpaksa juga untuk menghantar darwisy ke rumah nenek pada hari khamis dan jumaat nanti. masa inilah peluang untuk nenek jaga darwisy. saya bukanlah menghalang nenek jaga darwisy. cuma, saya kesiankan nenek darwisy untuk jaga beberapa orang cucu sekaligus. bukan masa nenek untuk menjaga cucu lagi. ini masa untuk nenek berehat dan beribadah.. tapi, sesekali jaga, mungkin nenek darwisy akan berasa seronok.. kalau selalu, bimbang menyusahkan.. nak letak beberapa hari ni pun, saya bimbang menyusahkan.. harap2 darwisy tak meragam bila bersama tok ma, tok walid, dan nenek..

kali ni juga, baru saya terbuka hati untuk memberikan supplement untuk darwisy. itu pun atas nasihat seorang kawan. bukan lah bergantung sepenuhnya pada supplement. sekadar makanan tambahan untuk darwisy sahaja.. kalian, supplement apakah yang kalian beri kepada anak2 kalian? mungkin boleh saya jadikan rujukan… :D

Related Posts with Thumbnails

14 to “kerana HFMD”


  1. masyitah says:

    Ya Allah banyak tu lepuhannya.
    anak sya kena tahun lepas masa umurnya setahun.malam menangis je lah dia…
    masyitah´s last blog ..Tikar My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      itu lah masyitah..
      sebelum ni, tak sebanyak ini..
      ni memang banyak betul…
      tapi, sekarang dah tak merengek2 lagi… dah beransur sembuh…

  2. irtiyah says:

    salam

    kesian darwisy
    irtiyah´s last blog ..Bertemu Dalam Mimpi My ComLuv Profile

  3. DeLLa says:

    sabar ye…
    sya..aisyah makan multivit & scott emulsion je..so far ok..jrg dah demam…kalo selsema..sekejap je…sehari 2 dah ok..

  4. sian Darwisy..semoga bintik2 tu cepat hilang. get well soon Darwisy

  5. syayassir says:

    insyaAllah…
    terima kasih yatie.. :)

  6. nuyue says:

    kesiannyer kat darwisy
    darwisy camner hari ni?
    dah semakin ok ker?

    nuyue biasa bagi kat darwish scott emulsion jer…supplement lain xpernah cuba lagi…

    • syayassir says:

      Alhamdulillah..
      dah semakin ok…
      tapi, belum boleh hantar ke taska lagi..

      nak try juga scott emulsion nanti.. :D

  7. kesian Darwisy.. lady soakan semoga dia cepat sembuh ya.. mudah mudahan.. InsyaAllah…

  8. fiezaradzi says:

    saya dan suami pun sangat bkira-kira dulu sebelum nak anta annur ke tok dan wan die.. kami kena kerja outstation.. mmg berat hati, tapi dah takde pilihan lain.. wpun berat, terpaksa jua.. pun pk camtu, takut susahkan mak ayah di kg..tapi nak buat camner kan.. leleh air mata tu, jgn citer aa..huhuu
    insyaAllah darwisy sihat nnt..
    saya bagi schoot imulsion (tul ke eja cmni?), minum & kdg2 yg macam gula2 tu.. gummy..
    fiezaradzi´s last blog ..Lelaki Misteri My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang betul fieza.. takut nak menyusahkan orang tua.. tapi, kalau sesekali, tak pe kan… :)

      hmm, ramai juga bagi scott emulsion ye.. mesti kena try ni.. tak sempat lagi nak pergi beli…



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220