jangan pandang belakang… eh?
ini bukan kali pertama… mungkin kali kedua, atau kali ketiga saya mengalami situasi merbahaya ini – saya tak nampak kereta yang berada dibahagian belakang kanan melalui cermin sisi di sebelah kanan. dimana, kereta berkenaan berada terlalu hampir sehingga saya tidak dapat melihatnya melalui cermin pandang belakang mahupun cermin sisi kanan.
saya tak pasti, mungkin kerana cermin sisi tidak di adjust dengan betul. atau, mungkin cermin sisi persona terlalu kecil dihujungnya sehingga membuatkan kereta berkenaan tidak kelihatan. sebab, tak pernah pula saya menghadapi masalah ni dengan kereta saga saya tu.
baru2 ni, sekali lagi, saya mahu masuk ke lorong kanan, tapi tak perasan kereta myvi yang berada di lorong itu yang benar2 hampir dengan kereta saya. bukan saya tak pandang melalui cermin belakang. bukan tak pandang melalui cermin sisi. saya dah tengok, berulang kali untuk pastikan tiada kereta. yang saya nampak, hanyalah kereta wira yang saya agak jauh. saya hanya perasan bila kereta myvi tersebut brek mengejut sehingga mengeluarkan bunyi dari tayar. ya Allah, berdebar saya. kasihan sungguh dengan pemandu kereta tu. tentu dia marah dan terkejut. sempat saya menurunkan cermin tingkap dan memohon maaf dari cermin. sehingga waktu dia memotong kereta saya, dia sempat memandang, dan saya menjerit minta maaf sekali lagi. nasib baik dia hanya mengangkat tangan. kalau saya jadi dia agaknya, dah maki hamun kereta tu kut.. huhuhu
risau saya. jadinya, baiklah saya drive saga je… sebab, cermin sisi saga memang besar gila.. senang saya nak tengok dari semua arah. saya ada baca dalam beberapa forum, kalau tak nampak dari cermin sisi persona tu, kena tolak lagi cermin nya supaya terus nampak ke luar (melebarkan jarak pandang). tak kisahlah.. kalau terpaksa je lah bawak persona tu… huhu. serik…





itulah yang dinamakan ‘blind spot’
sy pun pernah beberapa kali kena benda yang sama. yelah cermin sisi kete kancil besar mana sangatlah kan? jadi terpaksalah buat extra precaution dok toleh2 sebelum tukar lorong…
**ada orang lekat cermin cembung kat penjuru cermin sisi tu supaya driver boleh nampak jugak kat area blind spot tu
ha ah mrs azmi… blind spot..
tapi, belum pernah lagi kena macam ni bila bawak saga.
persona ni dah beberapa kali… seriau je rasa…
nak try jugalah cermin cembung tu kan..
kut boleh membantu.. thanks mrs azmi…
uit..mmg sya..persona dgn gen2 sama je cermin sisinya..sy pun penah kena..tobat takmo bawak gen2 dah…kalo nk bawak..tuko cermin sisi..almaklumla..sang kancil sy walaupun kecik..cermin sisi gedabak..nmpak segala..hehe
tu la della…
bila bawak persona je jadik gitu…
sebab cermin sisi saga pun besar gedabak… hehehe
keta tu kat blind spot kot.. sebab tu x nmpk kat cermin.
xpe la, yg penting..xde kemalangan berlaku
isabelle´s last blog ..Bon Odori- are u going
ha ah is…
memang kat blind spot… sian keta tu…
mesti dia marah gila…
Oh… kak tie tak drive, jadi tak boleh nak beri pendapat.
Tapi hati-hatilah ya… kak tie pun takut ni.
Tie´s last blog ..Majlis berendul sambung dari entri lepas
saya kalau boleh, nak gi kerja pun nak minta tolong hantarkan…
tapi, nak buat macam mana.. arah lain2… huhu
haah, org panggil blind spot.. kdg2 mmg terjadi lau cermin sisi & cermin belakang agak kecil.. penah gak jadi, pe yg saya buat, kdg2 tu siap tgk dari cermin pemandu tu ke blkg sikit, utk pastikan kete tul2 tak de..
lagi satu, signal bagi awal2 dan tgk sisi pun awal2 sikit b4 nak masuk lorong atau ape2 je la.. ape2 pun, nasib baik semua ok.. tu yg ptg.. pemandu sorang lagi tu, lau mintak maaf, ok je.. lau saya la.. at least tau adab di jln kan.. yg geram, dah le kite brek, pastu die masuk gak buat dek.. tu yg geram..
fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk
memang fieza.. cermin sisi persona kan, hujungnya tirus…
harap2 lepas ni saya lebih berhati2…
fuh..bahaya, saya pulak yg berdebar2 bila baca tang tayar berbunyi masa brek tu. sbb saya dah merasa. sbb tu la saya masih tak berani nak amik lesen lg sekali..aduh..risau la!! sya, bwk la keta yg selesa di hati, ingat mereka yg tersayang. cewah! iklan jap..hehe!
Lynn Nasir´s last blog ..MAI SINI CHEK NAK HABAQ!
itu lah lynn.. biar lah saya bawak kereta murah tu aje.. lebar kemain side mirror nya… tengok persona baru, dah tukar side mirror yang lebar dah…