floria 2010
hari jumaat, lepas rasa kuciwa dengan sesuatu, papa bawa saya pergi menenangkan diri (ewah, padahal memang dah plan nak pegi pun…) ke pesta floria putrajaya. pukul 4.30 sampai di sana, ramai orang.. excited sangat rasanya nak tengok bunga2. sempat buat2 lalu depan kieran dan ann untuk siaran luar hot.fm…
benda pertama yang saya nak cari adalah, hasil kerja pelajar kelas saya dengan dibimbing guru mereka. bila dah jumpa, baru ke tempat2 lain untuk – ambil gambar lah.. apa lagi. memang seronok kan snap gambar bunga sana sini. cantik sungguh. sekali, baru separuh perjalanan, bateri habis daaa.. nyesal tak caj penuh2 tadi. nyesal sangat2…
kemudian, pergi ke alamanda, cari makan. tak sangka saya, papa tiba2 beli bateri lain, siap dengan charger luar dan patah balik ke tapak pesta. wah, dari muka moyok mood hilang sebab tak dapat ambik gambar tadi, terus ceria pot pet pot pet semula (i love you!
).. hari dah gelap pun. malam pun, malam lah.. janji dapat ambik gambar. jadi, enjoy gambar2 bunga dari ‘buah hati’ baru saya ni (buah hati lama dah rosak kantanya.. nak ganti, kena RM300 tu…)
gambar ni saya ambil sewaktu menunggu papa solat di surau dalam taman.saya dan darwisy saje2 buang masa ambil gambar diri sendiri. sengaja saya snap berkali2. tiba2, ada seorang lelaki bersama keluarga dia datang dan tegur, “meh saya tolong ambikkan gambar” dan tiba2 je dia ambik kamera dari tangan saya. saya dan darwisy tergamam tapi terus je sengih bila lelaki tu menghalakan kamera ke arah kitorang. bila dah ambik, dia cubit2 pipi darwisy, geram kut sebab darwisy duk sengih2 je waktu saya ambik2 gambar tadi. hehehe.. ini lah gambar yang lelaki tu ambil,
sebelum balik, kitorang sempat tengok persembahan tarian ini,
apa2 pun, sangat best ke sana. dan paling best sebab darwisy sangat baik, langsung tak meragam hinggakan tak sedar, 5 jam kami kat sana rupa2nya… hehehehe…. thanks sangat2 papa, sebab melayan isteri mu yang suka tengok bunga tapi tak suka tanam pokok bunga nih… hehehe
















fuh..smpi 5jam! tapi kalo dah suka, x terasa masa berlalu…
mcm shopping la jugak
isabelle´s last blog ..Hukum pakai jersi
hehe.. tu termasuk cari makan/solat kat alamanda…
bestnyaaaa…. ada bunga matahari tak sya?
Lady of Leisure´s last blog ..Durian- Bitter or sweet
tak perasan pulak lady… ada kut dalam beribu2 bunga tu.. hehehe
floria tula yang buat kulit i bertukar rupa! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….
jerit perih nak construct garden dalam masa 10 hari… tapi tgk hasilnya n pelawat saban hari melimpah ruah… rasa berbaloi.. hehe.. hilang penat ^_^
ye ke mrs azmi…
kesiannya… mrs azmi buat bahagian yang mana?
tapi, memang semua kawasan kat situ cantik2 sangat… kagum!
kami construct utk Kementerian Wilayah Persekutuan
mrs azmi´s last blog ..jiwa kacau bilau
lawa tempat tu…
5jam ye… mmg x perasan.. sampai rumah baru perasan…
pergi mlm baru lah x bertukar kulit….
tu lah kan..
tahun depan kita pegi lagi ye….
Bertuahlah Sya dapat ke sana… puas hati, lama betul. Kak tie ni dok kat ulu dapat asyik terperap je. Tak banyak aktiviti di sini, lagipun suami asyik sibuk je.
Teruja tengok bunga-bunga tu. Ada beli tak ?
kak tie, kalau nak datang sini, datang aje..
bgtau kat kitorang.. nanti kitorang ambik kat klia….
memang teruja kak tie…
tapi, tak beli pun.. sebab, bukan pandai jaga pun.. hehehe
terapi bunga..jelesnya…kat sini ada pegaga je..tak terapi langsung..heheh!
Lynn Nasir´s last blog ..MAI SINI CHEK NAK HABAQ!
hehe… pegaga pun boleh jadi terapi juga lynn…
jom kita tanam pokok bunga dalam rumah pulak…