aduh, sakit kelapa!

Posted in entah on Jul 19, 2010

hehe, teringat tadi, sepupu darwisy cakap, “darwisy, janganlah duduk dekat kelapa kakak, sakitlah kelapa kakak ni… eh, silap, kepala!” muahahahaha…

saya adalah dalam keadaan sakit kepala. dah seminggu lebih. tidaklah dapat dipastikan apakah penyebabnya sebab saya malas nak jumpa doktor. sebab rasa2 macam dah tahu apa jawapan doktor. hehehe… best tak? macam boleh jadik tukang tilik je kan? ye la tuh… lain kali kalau sakit apa2, tak payah jumpa doktor, carik jawapan sendiri dan settlekan sendiri aje, buleh? :P

ok, abaikan sahaja sakit kepala saya yang hilang dalam sementara dalam masa 5 jam jumaat lepas akibat dari melihat bunga2 yang banyak. hah! baru saya tahu, bunga2 banyak dan cantik boleh menjadi terapi sakit kepala kan… apa lagi abang… jom kita pergi cameron highland… (penyudahnya saya duk membelek2 gambar2 yang saya ambil jumaat lepas.. huhu)

sebenarnya, saya dapat gambarkan bahawa minggu ini berkemungkinan tiada entry langsung dalam blog saya ni. memandangkan saya dalam keadaan bertenang dan lagi menenangkan diri. bukan apa, bila ada apa2 perkara, mula lah otak saya ni tak henti2 nak fikir. selagi tak habis, selagi tu lah nak fikir. kadang sampai tak boleh tidur, maka terpaksalah saya sms si dia di luar bilik untuk beritahu saya tak dapat tidur. dan buat2 muka kesian sambil tepuk punggung sendiri (dah lepas tepuk punggung darwisy, tepuk diri sendiri pulak… kut la boleh tidur cara tu.. hehehe)

teringat dulu2, masa study. kalau time nak exam, saya akan study sambil membuat soalan. kalau jumpa soalan yang susah dan tak boleh nak jawab, saya akan sentiasa berfikir untuk cari jawapan tu. tak puas hati. kadang, sambil mata terkebil2 nak tidur pun, masih berfikir tentang jawapannya. lagi parah, sampai dalam mimpi pun masih mencari jawapannya. sekali bila terjaga, terus menghadap semula soalan tu… kritikal kan… tolonglah… penat dah otak saya ni berfikir macam2… shooooh, shooooh.. pergi jauh2..

jom, kita pergi relax2 pulak nak? main bowling pun ok.. tapi tak ada masa la minggu ni… huhu…

p/s: saya adalah sedang ketandusan idea untuk menulis nota biologi, makanya saya menulis entry merepek ini. noktah.

Related Posts with Thumbnails

12 to “aduh, sakit kelapa!”


  1. MiuMiu says:

    kak sya punye cerita slalu buat saya nak gelak besar… saba jelah anak tido .. terpakse tahan tapi rase x puas!

    lawak lah sepupu darwisy tersilap kelapa n kepala.. saye mule lah terbayang2 dalam ‘kelapa’ situasi nye.. kalo depan saya mau gelak guling!!

    dulu time study saye pon pernah mengalami situasi same mcm kak sya.. berfikir pasal sesuatu sampai nak tido pon boleh berfikir lagi… dan siap masuk mimpi.. terjaga dr tido masih fikir bende yg same…..!! penat sungguh otak.. time final mmg kenangan… giler study.. pernah tido di library.. esk pagi terus pegi exam… sebulan berkampung kat library!

    • syayassir says:

      hehe… lain kali baca masa baby tak tidur ye… :D

      wah.. ni mesti pelajar excellent nih.. siap tidur kat library lagik… result mesti gempak sebab tidur dengan buku dalam library.. hehehe

  2. tepuk punggung sendiri haha comelnya… :D
    betul sya bunga ni macam terapi jugak kan, bunga mmg tak leh dipisahkan dengan kita wanita… lady memang suka bunga.. bila tengok bunga tu boleh jadi leka sangat… berjam2 pun takpe…
    Lady of Leisure´s last blog ..Flower in the sun My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      nak buat macam mana lady, terpaksa la tepuk punggung sendiri.. hehe..

      itu lah lady.. nanti kena tanam pokok bunga banyak2… kalau malas, ambik gambar bunga banyak2 je.. hehehe

  3. DeLLa says:

    sya…sy dulu pun pemikir….selalu tidur dgn buku2 yg berselerak disekeliling…kadang2 tertidur atas timbunan buku2…tp skrg sya..serius i tell uuu…lama dah tak gunakan otak se’efisyen’ mungkin…keje selalu delay..penyudahnya…..lantak situ la,…buat keje mcm lepas batuk di tangga…main bowling time puasa okey kah?

    • syayassir says:

      wah, siap tidur atas buku tuh… kerja delay takpe, janji siap… :D

      main bowling time pose? di siang hari? ok je… hehehe

  4. anak fiza pun pernah cakap kepala, kelapa.
    lucu jugak bila dengar..
    fiza@umisofie´s last blog ..Sofie menziarahi mbah yot dan ke Gedangsa My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      hehe.. biasalah budak2, selalu terbalik2 cakap..
      macam darwisy, basah jadi sabah.. dah dibetulkan jadi sabasah pulak.. adoi laaa….

  5. isabelle says:

    apa kata cikgu sya tulis ttg mechanism sakit kepala secara biologinya…

  6. Lynn Nasir says:

    rasanya ramai yg tidur dgn persoalan yg tak sudah dijawab..kalau dirakam, mesti tidurnya tak lena. bergerak ke kiri..bergerak ke kanan. selalu saya perhatikan anak2 saya kalau tidur, ada mlm yg lena elok..tak lasak. ada malam yg sampai berpusing2 satu tempat tidur. takpun mengigau menangis..atau bercakap. mula la saya mengimbas semula apa yg berlaku hari itu.

    kesimpulannya, kita yg dewasa ni sebenarnya boleh mengawal aktiviti otak kita dgn bertenang. istighfar selalu. kita tak mcm budak2. mereka bebas mengeluarkan perasaan. sampai terbawa2 ke tidur. semoga tidurmu tenang dan bermimpi indah ye sya..
    Lynn Nasir´s last blog ..MAI SINI CHEK NAK HABAQ! My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang lynn… darwisy pun sama.. boleh pusing 360 darjah… selalunya, kalau terpaksa jugak tidur, saya baca ayat kursi.. kadang tak dan habis dah lelap… hehehe



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220