santau

Posted in cerita lama on Jul 20, 2010

kalian biasa dengar tak santau ni? kalian percaya? tadi, saya terdengar dalam penawar syifa (106) tentang santau. jadi, teringat masa saya praktikum dulu.

dulu, masa saya dan si dia praktikum di kk, saya rasa, sangat mendebarkan. masa tu, kecoh sangat tentang santau ni. saya tahu, sebelum ni memang kk selalu dikaitkan dengan santau. tak taulah kenapa. kenapa risau sangat?

sebab, masa kecoh2 tu, macam2 cerita keluar. sudahlah waktu praktikum, kami tak ada peti ais nak simpan barang basah. nak beli kat pasar pun, balik sekolah dah lambat. pasar dah tutup. nak beli kat pasaraya, kemain mahal. maklumlah, waktu tu kami bukannya ‘beruang’ sangat.. hehehe. jadi, nak tak nak, memang kena beli dekat kedai.

masa tu, untuk mengukuhkan bukti yang tengah santau menyantau dekat kk tu, katanya, hari2 ada kematian disebabkan santau. kebetulan, rumah kami berdekatan dengan kubur, memang lah selalu nampak pengebumian di situ. tambah lagi dengan, banyak kedai2 makan, yang tutup gara2 santau. saya tak pasti sama ada sebab tak ada orang datang langsung, atau memang diorang tutup untuk kerana risaukan santau. tapi, yang susahnya ialah kami yang tiada peti ais inilah.

susahnya hati kami Allah sahaja yang tahu. kami bertanyakan pada ustaz, ustaz kata, amalkan pendinding diri. iaitu, baca 4-kul dan ayat kursi selalu terutama pada waktu pagi dan malam. jadi, kami bertawakal sahajalah.. sambil2 tu, tengok juga petua orang – kalau makanan sejuk, tapi bawah pinggan panas – katanya makanan tu dah disantau.. Wallahualam.. jadinya, disebabkan malam2 semua kedai tutup, terpaksa kami beli lauk (mungkin hanya kami sahaja yang beli di kedai tu.. huhu) untuk tengahari dan terus untuk makan malam… lagipun, hanya kedai tu je pun yang masih dibuka waktu tu…

sampailah beberapa minggu kecoh, satu hari, majlis perbandaran kk bersama pihak hospital membuat majlis bacaan yassin dan jamuan makan beramai2 yang di sponsor kedai2 makan sekitar pekan kk. hanya untuk membuktikan bahawa khabar2 angin mengenai santau itu adalah tidak benar. dan berita kematian disebabkan santau juga tidak benar kerana tiada rekod dari hospital yang menyatakan ada pesakit meninggal dunia akibat santau. ramai orang datang waktu tu (termasuk kami lah..).

Alhamdulillah, semenjak itu, kedai2 makan kembali beroperasi seperti biasa walaupun bilangan pengunjung masih belum ramai. tapi, sekurang2nya, kami ada.. hehe.. jadi, hingga sekarang, tak pastilah berita santau itu betul atau tidak. cumanya, sentiasalah kita berhati2 dalam apa jua keadaan sekalipun. berusaha, dan bertawakal kepada Allah..

p/s: meh kempen masak di rumah… :P

Related Posts with Thumbnails

20 to “santau”


  1. ahkak says:

    Kalau di darussyifa’ ada rawatan yang mereka panggil tepuk. Ada kaedahnya. Nanti akan keluar benda2 yang dihantar ni, mungkin rambut, kaca, dan macam2 bisa lagi. dan sekarang dia org pakai asbestos tu. Pendengki dan pengamal sihir ni dah tak ingat halal haram, apatah lagi punya rasa simpati kepada mangsa sihir kalau dah dikuasai syaitan.

    • syayassir says:

      eh, kenapa jadi ahkak? hehehe…
      isk, kenapa boleh dengki sampai macam tu sekali?
      hilang sifat perikemanusiaan…
      kesian dekat orang yang tak bersalah…

  2. ya ampun, mintak simpang lah kan…
    huhu…
    Lady of Leisure´s last blog ..Flower in the sun My ComLuv Profile

  3. izan ishak says:

    sya..mmg risau santau2 nih. mcm my mom pernah org try antar santau guna angin ke apa…tp nasib baik tak kena~~ semuanya gara2 PHD…

    • syayassir says:

      ha ah, santau ada macam2 jenis.. kat kampung kita ni selalu juga dengar ‘hantar-menghantar’ ni izan.. memang dengki betullah…

  4. takutnya…minta dijauhkan..nauzubillah..memang kejam orang yang buat semua ini

  5. DeLLa says:

    sya..mmg pun selalu kecoh..sampai la ke sungai siput..kg sy tu..mmg byk kedai ttp..mmg takut jugak masa tu..apa2 pun hati2 la

  6. ayu says:

    salam sya,

    santau ni dulu mmg ada juga la dengar cerita di perak..
    antara kawasan yang terkena ialah di grik – kebetulan kakak ayu mmg kerja kat sana..so, mmg masak kat rumah je la..
    ayu´s last blog ..Nursing in PublicBolehkah My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      ayu, kk tu kat perak lah tu…
      dekat dengan grik… :)
      memang kena rajin memasak kat rumah..
      lebih baik dan bagus untuk kesihatan… :)

  7. Mak Su says:

    pernah gaks dengar cerita, baca kat buku cerita… minta dijauhkanlah, ni semua berpunca dari dngki khianat dan pentingkan diri sendiri jer

    • syayassir says:

      betul tu maksu…
      dengki sampai nak memusnahkan orang lain..
      bila dah berkawan dengan syaitan, macam tu lah…

  8. ila-ali says:

    dulu mak sedara penah kena santau angin…habis satu bdn kena gatal2 sampai tak boleh pegi ke mana-mana…dia bukanlah kaya. cuma dia ni ramai org suka sebb terlalu baik. sekrg dah meninggal dah. bukan sebb santau tp sebb kencing manis
    ila-ali´s last blog ..Taman Seribu Bunga My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      uisk, santau angin pun ada ye..
      susah juga jadi orang baik ye…
      ada je yang dengki… macam2 penyakit hati sekarang ni…
      Al-fatihah untuk mak sedara ila…

  9. Mommy Lyna says:

    kadang2 santau ni bukan sebab orang hantar, tapi kedai2 makan ni ada yg jenis gunakan perantara utk lariskan jualan. bila sampai masanya, dorang kena ‘lepaskan’ benda2 tu, so ada yg lepas ke udara, ada yg lepas dalam makanan… jd sesapa terkena, mmg nasib tak baiklah dia.

    sebab tu Nabi pun anjurkan supaya masak & makan di rumah, supaya terpelihara dari anasir2 tak baik termasuklah benda macam ni.

    • syayassir says:

      ooo…
      baru saya tahu… ish, tak baik betul buat macam tu untuk lariskan jualan…

      ada juga santau yang dilepaskan secara random ni, kiranya sesiapa pun boleh terkena kan… jom lah kita kempen makan di rumah… :P

  10. Lynn Nasir says:

    jin dan syaitan itu makhluk ghaib yg wajib kita percaya kewujudannya. maka amalan sihir berkaitannya juga pasti benar. cuma, sekiranya tiada bukti..mmg payah nk percaya. lg pula kita cenderung utk saling menuduh. syaitan mmg suka jika kita bergaduh. semoga kita semua selamat dr amalan sihir dan kezaliman sesama manusia..
    Lynn Nasir´s last blog ..MAI SINI CHEK NAK HABAQ! My ComLuv Profile

    • syayassir says:

      memang lynn..
      kadang, ustaz tak bagi kita tuduh2… sebab, kadang tak sengaja kena je… itu lah syaitan, selagi kita hidup, selagi tu dia akan menyesatkan…



Leave a Reply

CommentLuv Enabled

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220