motor sering menjadi mangsa
dalam minggu ni, blog yang semakin mendapat tempat di mata saya, ondscene banyak menyiarkan mengenai kes kemalangan yang melibatkan motor. dan yang paling menyedihkan, bila ada cctv yang dapat merakam detik2 motor itu dilanggar di sini dan seorang anggota tentera yang isterinya baru sebulan melahirkan bayi di sini.
sebak membacanya. tak dapat dibayangkan, apalah perasaan kaum keluarga bila mendapat tahu orang yang tersayang telah pergi tak kembali lagi. terfikir juga, betapa kejamnya orang yang melanggar. boleh selamba je langgar dan lari. langsung tak ada perasaan kasihan dan perikemanusiaan untuk membantu orang yang dia dah langgar. adoi, ini masih manusia atau apa?
tak terfikir ke diorang, sama ada orang yang dilanggar masih hidup atau tak? dalam kesakitan atau tak? tak terfikir dengan perasaan ahli keluarga orang yang dilanggar? sangat penting kan diri sendiri dan saya tak pasti otak diorang ni masih berfungsi atau tidak. agaknya, dia fikir yang dia langgar tu sekadar benda yang tak bernyawa agaknya. atau, diorang memang diorang tak ada fikir apa2 langsung sebab diorang dah tut tut tut tut… (saya memaki hamun dengan menggunakan bahasa sopan..)
adoi laa.. saya rasa, penyakit mental yang melanda masyarakat malaysia ni semakin teruk. dunia yang semakin materialistik, manusia yang semakin mengejar harta benda membuatkan mereka2 ini menjadi tut tut tut dan tut (maki hamun bahasa sopan lagi…) tolong lah… kembali lah ke pangkal jalan. balik pada agama. insyaAllah, semua penyakit mental dapat disembuhkan. argghhhh! jadilah manusia yang berakal!!





Menunggang motor ni memang bahaya Sya.. Kekadang, kena angin lori pun boleh rebah sendiri. Penunggang motor tu sendiri kena hati-hati.
Orang sekarang ni pentingkan diri sendiri. Kak tie cukup bimbang bila ada motor di tepi atau di depan kereta. Takut entah jadi apa-apa, depan mata pulak tu. Kak tie dah tengok sendiri kemalangan motor ni. Ngeri laa…
Tie´s last blog ..Yes ! Kita orang Johor !
itu lah kak tie…
risau tengok orang naik motor ni…
kalau kita sendiri pun, seriau je bila lalu sebelah diorang kan…
ingat2lah orang yang tersayang. huhu
ain fathihah´s last blog ..saya bukan Puteri- apatah lagi Permaisuri
memang ain..
sentiasa berhati2…
saya percaya orang2 yg langgar orang ni pun dilanda perasaan takut, sebab tu mereka lari. ye lah, kang nanti orang2 yg nampak kejadian tu datang bawak parang pukul dia ke kan.
macam juga bila keluarga mangsa mengeluh bila orang yang langgar/ahli keluarga yang langgar tak ada pun nak dtg minta maaf atau tanya khabar, bukan mereka kejam, tapi mungkin mreka sdr pun serba salah. dibuatnya nak datang elok2 minta maaf, sekali kena belasah beramai2.
bila tengok pada satu side saja mmg kita rasa tak adil. tapi bila berada di satu belah yg lain, ada jugak ketidak adilan di situ.
sebaiknya kalau dah langgar orang, pegila buat report di balai polis. kalau takut kena belasah lah. hehe.
perasaan takut tu juga adalah salah satu perasaan ketidakmanusiaan.. kalau dia takut dan melarikan diri, maknanya dia adalah mementingkan diri sendiri seperti yang sebutkan di atas… kerana itu kes kemalangan ini dinamakan langgar lari.
kalau rasa kemanusiaan masih ada, sekurang2 nya berhenti dan menolong serta sanggup mengabaikan rasa takut diserang orang lain. sekalipun kemalangan tu bukan disebabkan dia (seperti komen kak tie di atas), perlu juga dia rasa mengasihani orang yang telah dia ‘terlanggar’…
apa2 pun, ianya antara dia dengan Tuhan… saya percaya dia akan terus diselubungi rasa takut sepanjang hidupnya. siapa tahu, dia akan insaf selepas kejadian pertama, kan?
keluarga say pun ada pengalaman accident ngan motor. tp, terbalik situasi. penunggang motor yg langgar kereta mereka. kereta mak dilanggar dr belakang, kereta abah dilanggar dari depan. tak pasti mcm mana motor tu boleh melanggar..yg pasti tiada kematian. mak saya sampai demam terkejut!
Lynn Nasir´s last blog ..MAI SINI CHEK NAK HABAQ!
Bila dah terlalu diburu rasa bersalah & takut, dah mengatasi rasa kasihan tu.
Penah terjadi in my family…arwah pakcik & family (isteri+anak dlm kandungan) dilanggar bas. Ngeri sampai baby terkeluar dr perut maknya. Tp smpai skg driver bas tu tak pernah dtg jumpa family kami, evem dah settle kat court pun. Mgkin bkn salah dia tp sampai skg dia tak berani jumpa kami. So i think the same feeling orang2 yg langgar orang ni rasa. Lagi2 yg langgar lari.
Mommy Lyna´s last blog ..Susu Badan Kurang – Salah Faham Tentangnya
kesiannya pakcik dan family lyna… sampai hati driver bas tu kan… tapi, tak apalah.. semoga kejadian tu jadi iktibar kepada dia dan lebih berhati2 di masa akan datang…