futsal…
hari ni antara hari yang bersejarah dalam hidup aku. hehehe..
buat pertama kalinya dalam hidup aku ni, aku main futsal.. ari ni ada sukan kgkt daerah kuala langat.. aku dan team aku join futsal.. kitorang sempat berlatih hanya beberapa hari je.. tu pun berlatih main2.. dan aku tak sangka hari ni team kitorang hingga ke final. dalam fikiran aku hanya set utk habiskan 2 games dan ambik baby sebelum tgh hari.. tak sangka aku yang aku alan bermain 4 games.. sian darwisy duk lama kat nursery ari nih. tapi, aku mmg gembira sgt, walaupun kitorang hanya mendapat naib johan, tapi team kitorang tak pernah kalah.. dan seri masa final.. kitorang kalah di tangan ppd kuala langat hanya pada penalti sahaja.. hmm, frust la jugak. tapi yang penting nya, kitorang dah bermain dgn bersungguh-sungguh dan enjoy..
yang best nya, aku berjaya score 2 goals utk team aku.. satu masa lawan dgn smk sijangkang jaya, dan satu lagi masa penalti… ok lah tu, utk orang yg tak pernah main futsal mcm aku nih…. dan satu lagi, aku puas hati sgt berjaya membuktikan sesuatu dan membuka mata ‘orang2′ tertentu… dulu, diorang anggap aku ni lembap, mentang2 la aku ni chubby dan sentiasa serious dalam mengajar.. dan aku di pilih saat akhir setelah ramai pemain tak nak main.. tak pe, aku dah pun buktikan pada diorang yang aku pun ‘ok’ dalam bersukan.. (walaupun tak terer, tapi aku ok la jugak.. masih ada stamina lagi…) masa ni lah baru korang nak buka mata ye? don’t judge the body by it’s face… betul ke pepatah aku nih? hahaha, suka hati aku la, ni blog aku…
dan lepas ni, aku berazam akan selalu bersukan dan exercise.. yang sebenar2nya aku pun dah naik risau dgn badan aku nih.. walaupun husband aku kata, ’sayang ok je lagik…’ aku tetap nak kuruskan badan gak.. insyaAllah, aku akan cuba disiplinkan diri aku.. bukan utk slim aje, tapi utk kesihatan jugak..
last sekali utk hari ni,
hahahahahahahaha!




