DSLR vs compact digital camera08.29.10

beberapa bulan yang lepas, waktu olympus FE-310 saya rosak, papa ada mengoffer saya untuk gantikan dengan dslr yang tengah glamer2 sekarang ni. tak mau lah saya.. heran saya. apa benda lah yang best sangat dengan dlsr tu kan.. dah lah besar gedabak, saya ni jenis nak ambik gambar, terus je nak ambik dan dan tu jugak. jadi, kenalah guna kamera yang comel lagi lote supaya senang saya nak bawa ke mana dalam handbag saya atau dalam poket papa..

tapi, sebenarnya, dalam hati, suka sangat tengok gambar2 yang diambil dengan menggunakan dslr nih. salah satu hobi saya adalah, menjenguk blog2 yang punya gambar lawa2 nih… dan juga saya sangat teruja dengan gambar2 yang kak ummi (ratuhati.com) ambil. kalau keluar dengan kak ummi, mula lah saya menunggu2 gambar kitorang yang diambil dengan menggunakan kamera dia. sebab, memang cantik2 sangat. bila laa nak buat photoshoot kita ni kak? :P

jadi, setelah di offer berulang2 kali oleh papa, saya tetap tak nak. membazir je lah… duit tu buat cat rumah lagi bagus.. hehehe…. jadi, penyudahnya dia belikan saya olympus (tetap dengan olympus, hehehe) mju tough 6020. kecil, selesa, ada shockproof, siap boleh campak dalam air lagi (dslr boleh? :P ). hehe…. (baru beberapa bulan beli, dah turun harga sampai beratus tu.. hampeh tul!)

tapi, satu hari, si dia balik, dan bawa kotak besar.. kotak apa pulak nih…. siap cakap terima kasih lagi sebab bagi dia hadiah. bila pulak saya bagi dia hadiah ni? rupa2nya!!!!! nikon D5000 ada dalam tu… nyampah tau… siap dengan lenser, filter, batery handle  hape ke benda tah.. sabar je la kan. ye laa, saya faham.. dah bertahun dia menyimpan untuk beli benda alah tu.. biarkan aje laa….

tapi kan…. tapi kan…. saya yang banyak guna benda alah tu rupa2nya…. hehehehehe….. si dia kata, nanti kita buat pertandingan fotografi, gambar siapa, dari kamera siapa yang paling cantik.. hampeh…. cuba kalian tengok gambar2 kat bawah ni,  sebelah atas guna dslr,  sebelah bawah guna compact digital…. ada beza tak?

ye, ye… saya ngaku kalah je lah… memang semua gambar sebelah bawah tak lawa.. kamera digital biasa + tak pandai ambil gambar (aperture tak betul lah, cahaya banyak lah, frame salah lah… hehehe).. tapi tak apa, yang penting, momen2 indah dalam hidup kami sekeluarga dapat dirakamkan dan dijadikan kenangan untuk anak2 saya kelak.. :D

Posted in Uncategorizedwith 11 Comments →

hadiah paling bermakna08.28.10

29 tahun… Alhamdulillah… tahun terakhir berumur 20an… tahun depan dah masuk 30an pulak… tak apa, orang kata, masuk 30an, seorang wanita itu lebih confidence dan matang dan jelita…. hehehe.. maklumlah, dah banyak makan garam… hehehe.

tahun ni, sambutan biasa2 aje. dah dua tahun menyambut di bulan puasa… huhu. nafsu nak celebrate tak memberangsangkan.. hihi.. sebab ada nafsu lain yang lebih melampau, iaitu asyik nak makan sotong goreng tepung… :P jadi kali ni, nak celebrate hari sabtu, tak ada mood sebab mak mertua buat monjong. jadi, kena lah berbuka di sana beramai2… kalau dah penat ber monjong tu, tak ada maknanya nak celebrate sakan… jadinya, sambutan sederhana diadakan sehari sebelum.. cewah! macam beria aje.

inilah yang dimonjongkan.. hehe

tahun ni tak ada surprise2 seperti tahun sudah2.. lantaran si dia merajuk gara2 tahun lepas isteri dia ni tak sabar sangat nak tahu apa benda surprisenya… hehehe.. mana tak nya, benda dah kantoi, dah nampak kotak dulu, tentulah sangat tak sabar nak tahu kan? :P jadinya, biasa2 aje tahun ni, yang penting kena ada sotong goreng tepung… sotong goreng tepung kali ni memang favourite, memang kalah laa sotong aroma ikan bakar atau seaview restaurant.. hehehe.. cuba teka kat mana? tadaaa…

mana lagi.. pelita laa.. hehe

hadiah? alah, biasa aje… bulat, bulat, bulat kecik, sambung, sambung jadi lah tutttt…. dirahsiakan.. saya tak mau jadi ’sombong, bongkak, riak, berlagak’ – pengaruh cerita ‘geng surau astro oasis’ betul laaaa…. hehehe.. tapinya, ada lagi satu hadiah paaaaling bermakna… Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah sangat2…. kebahagiaan berganda rasanya… insafi diri dengan rezeki yang Allah bagi……  Alhamdulillah sangat2. inilah hadiah paling berharga pernah saya dapat… syukur, tak tahu nak kata apa.. cuma, berdoa, moga diberi kesihatan yang berkekalan… apa dia? hmm… dua garisan pink di atas satu kertas… :P

p/s: terima kasih ibu dan walid kerana melahirkan anak yang comel dan baik hati ni… hehehe….

Posted in sambutanwith 20 Comments →

mengidam sotong di bagan lalang08.26.10

entah kenapa, semenjak dua menjak ni, saya asyik teringin nak makan sotong goreng tepung. padahal, baru je lagi saya makan sotong goreng tepung di aroma baru2 ni. tapi, kali ni, saya teringin nak makan di bagan lalang pulak.

jadi, untuk memenuhkan keinginan tekak saya ni, papa pun bawa saya ke bagan lalang. Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga makan sotong goreng tepung. dah, tak nak lagi dah.. nanti nak makan benda lain pulak… hehehe…

restoran yang kami tuju kali ni, restoran seaview. betul2 tepi pantai. waktu kami sampai, masih awal, orang belum ramai. jadi, kami order dulu, dan solat asar. yang bagusnya, suraunya betul2 dekat dengan restoran serta selesa. kemudian, bawa darwisy ke tepi pantai. seronok betul dia jumpa air. mula2, main dari jauh je.. lepas tu, main ombak pulak.. lepas tu, masuk terus dalam air. nasib baik bawak baju lebih.. memang dah tahu dia mesti nak main air punya….

cantik pemandangan tepi pantai waktu matahari jatuh… cantik sungguh… damai je rasa…. darwisy pulak, bila dah seronok main air, mula la taknak keluar…. jenuh pujuk ajak makan… sempat juga mandikan dia dan tukar baju sebelum azan maghrib. buka puasa, sungguh menyelerakan… kerapu masam manis, sotong goreng tepung, tomyam, dan sayur… kerapu dia, memang sedap gilaaa… fresh sangat… sotong goreng tepung, lebih kurang la dengan aroma ikan bakar… harga, murah dan sangat berpatutan.. cumanya, restoran ni sangat jauh dari rumah kami… dekat lagi aroma ikan bakar… huhu. tapi, berbaloi la jauh pun… sape nak pergi nanti, kena book dulu ok.. katanya kalau hujung minggu ramai gila orang kat situ….

ok, bawah ni gambar2 masa kat sana…

berkejaran dengan ombak..

merenung pantai la kononnya… hehehe

nak pujuk balik…

matahari terbenam…

menu kami….

Alhamdulillah… lain kali pergi lagi.. siapa yang nak no phone seaview restaurant, msg je lah ye…. :D

Related Posts with Thumbnails

Posted in santaiwith 14 Comments →

  • You Avatar
  • kawan-kawan

  • nuffnang

  • sembang


    ShoutMix chat widget
  • Meta

  • dari mana

  • BlogMalaysia.com

  • Where Moms Unite
  • Jom sertai ratuhati.com!
  • fotohati150x220